Breaking News

Kebaikan Orang Yang Kerap, Cepat Berpeluh & Tips Atasinya

loading...

Kebaikan Orang Yang Kerap, Cepat Berpeluh & Tips Atasinya


giphy.gif
Baru berjalan sedikit dah berpeluh macam hujan turun.

ARTIKEL MENARIK:(HOT TIPS) - Jangan Ambil Panadol Actifast atau Soluble lagi sekiranya anda sayangkan diri anda. Ini KESAN BURUK yang ramai tidak tahu..MOHON SHARE

loading...

Peluh ialah cecair dihasilkan dari kalenjar peluh yang terdapat pada kulit manusia (mamalia). Manusia dewasa boleh mengeluarkan peluh sehingga 2-4 liter sejam atau 10-14 liter sehari.

Anda yang kerap berpeluh pasti merasa rimas, tidak selesa dan kurang berkeyakinan bila ingin berhadapan dengan orang ramai. Kawasan leher, bawah lengan, belakang dan dada baju menjadi basah dan berbekas. Ada juga sesetengah dari anda terpaksa membuang baju kesayangan kerana ia mula meninggalkan bekas peluh. Oh no!


Bagi anda yang terganggu dengan pengeluaran peluh berlebihan, nah Wanista kongsikan kebaikan yang anda terima berbanding orang lain.

#1 Mengurangkan risiko batu karang

Berpeluh adalah cara efektif mengeluarkan benda asing seperti garam dan mengekalkan kalsium dalam tulang anda. Cara ini mengehadkan pengumpulan garam dan kalsium dalam buah pinggang dan air kencing yang membentuk batu karang.

#2 Tidak mudah jatuh sakit

Ia dapat melawan kuman seperti tuberculosis dan banyak lagi pathogens merbahaya. Peluh mengandungi cas positif anti-mikrobi yang melawan virus, bakteria dan kulat. Jadi anda yang kerap berpeluh jauh dari peluang untuk sakit seperti demam, selsema dan sebagainya.

#3 Mendetoks badan

Berpeluh juga salah satu cara efisien untuk mendetoks badan dengan membuang bahan alkohol, kolesterol dan garam. Sebagaimana mengeluarkan toksin badan secara semulajadi. Kajian pada tahun 2011 dari jurnal Archives of Environmental and Contamination Toxicology menjumpai banyak elemen toksik dikeluarkan dari peluh.

#4 Antibiotik percuma

Tahukah anda peluh mempunyai tinggi kandungan antibiotik sama seperti krim anti-bakteria. Jika kulit anda mempunyai sebarang luka atau gigitan serangga, ejen antibiotik dari peluh iaitu dermcidin dapat mengubati dan melawan jangkitan kuman.

Foto – The Indian Express

Namun tidak semua orang boleh menerima keadaan peluh yang menyebab rasa melekit tidak selesa. Terdapat pelbagai teknik dan pilihan untuk anda mengurangkan peluh…


  • Mandi dengan air sejuk. Kaedah ini dapat mengurangkan suhu dalaman badan yang secara tidak langsung memperlahankan pengeluaran peluh.
  • Kurangkan pengambilan makanan tinggi garam. Kalenjar peluh akan bekerja dengan lebih kerap jika terdapat lebihan benda asing didalam badan.
  • Guna produk anti-peluh atau deodoran. Pakai deodoran juga semasa tidur dan selepas mandi.
  • Pembuangan bulu ketiak secara laser. Bulu ketiak yang lebat menyebabkan bahagian bawah lengan mengeluarkan peluh secara berlebihan. Dapatkan pembuangan bulu secara laser bagi mengurangkan peluh malah ia juga mengatasi masalah bau badan.


Pengeluaran peluh sebenarnya berbeza dan ia mengikut faktor kesihatan individu terbabit.

SUMBER 1, 2, 3 & 4


________________________________________________________
Untuk dapatkan makluman berita terkini, viral dan informasi berguna dari blog ini melalui Facebook, sila LIKE page kami:
loading...
loading...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments