ISU CERAI - DATO' SERI VIDA Akui Dalam Proses

ISU CERAI - DATO' SERI VIDA Akui Dalam Proses

ISU CERAI - DATO' SERI VIDA Akui Dalam Proses
ISU CERAI - DATO' SERI VIDA Akui Dalam Proses

Segala persoalan mengenai rumah tangga Dato' Seri Dr Hasmiza Othman atau lebih dikenali sebagai Dato' Seri Vida, 46, dengan suaminya, Fairuz Ahmad Zainuddin terjawab apabila pengasas kosmetik itu mengakui sedang dalam proses untuk bercerai.

ARTIKEL MENARIK:DATO' SERI VIDA Kembali MENJANDA?

loading...

Namun begitu, Vida tidak mahu memberitahu punca mereka membawa haluan masing-masing. Vida berharap, masyarakat dapat memberikan beliau sedikit ruang buat sementara waktu.

"Buat masa ini lebih baik saya berdiam diri kerana dibimbangi ia akan mengeruhkan keadaan. Insya-Allah jika ada perkembangan lanjut saya akan kongsikan kepada anda semua," jelas Dato' Sri Vida.





Berita tentang keretakan rumah tangga Vida mula diperkatakan sejak dua minggu lepas. Namun, keadaan menjadi lebih hangat apabila Vida hadir ke festival Mood Republik hanya bersama anak-anaknya tanpa kelibat suami.

Mungkin sudah tertulis jodoh antara Vida dan Fairuz tidak panjang. Apa-apa pun, doakan yang terbaik buat Vida. InshaAllah, mungkin ada sesuatu yang lebih baik menantinya selepas dilanda ujian ini.

Untuk makluman, Dato' Seri Vida bernikah dengan Fairuz pada Januari 2014, yang juga merupakan perkahwinan ketiga jutawan kosmetik berkenaan.


Sumber: Kosmo

BACA INI JUGA:
Punca Sebenar Dato Seri Vida Bercerai Suami Kedua Selepas 3 Bulan Bernikah Yang Ramai Tak Tahu

________________________________________________________
Untuk dapatkan makluman berita terkini, viral dan informasi berguna dari blog ini melalui Facebook, sila LIKE page kami:
ISU CERAI - DATO' SERI VIDA Akui Dalam Proses ISU CERAI - DATO' SERI VIDA Akui Dalam Proses Reviewed by Bulletin Media on 8:56 am Rating: 5

No comments

Post AD

home ads