Breaking News

6 Gambar Tak Dapat Selamatkan Tunangnya Ketika Mandi Di Air Terjun

loading...

Permaisuri: Seorang gadis ditemui lemas ketika mandi di kawasan air terjun Lata Payung, Sungai Tong, dekat sini, jam 2.30 petang tadi.

6 Gambar Tak Dapat Selamatkan Tunangnya Ketika Mandi Di Air Terjun
6 Gambar Tak Dapat Selamatkan Tunangnya Ketika Mandi Di Air Terjun

Mangsa, Amira Diana Harun, 22, dari Kampung Bukit Nenas, Sungai Tong, dikatakan ke kawasan perkelahan berkenaan bersama tunangnya, Asraff Rifaie Maliki, 25, yang juga seorang anggota tentera.

ARTIKEL MENARIK:Perjalanan melawat ibu sakit diHospital Kuala Krai dari KL .. Hazli Suzana maut kemalangan (8 Gambar)

loading...

Pasangan itu dikatakan mandi sebelum dihanyutkan kepala air dan tunang mangsa berjaya menyelamatkan diri tetapi gagal menarik mangsa yang terus dibawa arus deras.

Mayat mangsa ditemui jam 4.34 petang oleh tunangnya bersama penduduk kampung yang turut serta mencari mangsa sejurus kejadian berkenaan.

Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Setiu Penolong Penguasa Bomba Mohd Anuar Mamat berkata, pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian pada jam 2.43 petang sebelum dua jentera bersama tujuh anggota bergegas ke lokasi kejadian.

"Selain bomba, operasi sama turut disertai Polis Diraja Malaysia, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia dan penduduk kampung.


"Mayat mangsa berjaya ditemui pada jam 4.34 petang dihantar ke Hospital Daerah Setiu untuk tindakan lanjut," katanya.

2.jpg

1.jpg

3.jpg

4.jpg

5.jpg

6.jpg


WJ

________________________________________________________
Untuk dapatkan makluman berita terkini, viral dan informasi berguna dari blog ini melalui Facebook, sila LIKE page kami:
loading...
loading...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments