Tak Dapat 8A, Mak Koyak Result SPM Saya...Sedih Sangat..

Tak Dapat 8A, Mak Koyak Result SPM Saya...Sedih Sangat..

Dari semalam saya berada dalam mode sedih dan kecewa, semua gara-gara ini.


Sudahlah ada ramai ibu bapa anak-anak kelas belakang ini tidak hadir dengan alasan result si anak hanya memalukan dan menyakitkan hati, sehingga anak-anak ini call dan WhatsApp saya supaya hadir temankan mereka ambil result.

ARTIKEL MENARIK:
1. Komen Terakhir Di Wall FB Isteri Sebelum Bunuh Diri Secara Live

2. Komen Si Jelita Ini Paling WIN....Tanda Simpati Pada Si Mati Dan Marah Pada Gadis OKU Ini

3. Waris Kemalangan Ragut 8 Nyawa Tampil Dedahkan Sesuatu Mengenai Undang-undang Malaysia

4. Lagi Kes Kereta Lawan Arus, Dah Jadi Trend Pemandu Rakyat Malaysia?

5. Siti Kassim: Saya Ada Islam Versi Saya Sendiri


loading...

Dan bila mendapat slip SPM, mereka tak berani buka dan serahkan kepada saya untuk melihatnya.

Gembiranya mereka sampai melompat dan memeluk saya. Malah ada yang menangis kerana tidak menyangka mereka boleh lulus. Ada juga yang BI dan Sains mendapat A, tetapi subjek-subjek lain hanya mendapat C, D dan E.

Tetapi sorakan kegembiraan mereka hilang tatkala slip SPM ini sampai ke tangan ibu bapa mereka kerana slip mereka itu dikoyakkan. Seolah-olah tidak bernilai apa-apa, sedangkan dengan keputusan itu si anak itu boleh diusahakan masuk ke mana-mana kursus kemahiran mengikut minat si anak.

Pesan saya, beringatlah, anak yang anda koyakkan slip SPMnya saat ini mungkin akan menjadi anak yang akan menjaga anda di saat anda tidak berdaya. Mungkin juga anak itu akan basuh berak kencing anda sewaktu anda sudah terlalu tua dan uzur kelak.

Kita berusaha menjadikan anak kita yang terbaik, tetapi Allah lebih tahu apa yang terbaik untuk kita dan anak kita.

Oleh Nur Farina Abdullah

Sumber

________________________________________________________
Untuk dapatkan makluman berita terkini, viral dan informasi berguna dari blog ini melalui Facebook, sila LIKE page kami:

Post a Comment

Previous Post Next Post