Siti Kassim: Saya Ada Islam Versi Saya Sendiri

Siti Kassim: Saya Ada Islam Versi Saya Sendiri

Petaling Jaya: Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) BEBAS telah menganjurkan program debat RUU 355 di PJ Live Arts pada 17 Mac 2017.

Siti Kassim: Saya Ada Islam Versi Saya Sendiri
Siti Kassim: Saya Ada Islam Versi Saya Sendiri  

Panulis yang dijemput dari pihak penyokong pindaan ini adalah Lukman Sheriff Alias dan Aidil Khalid manakala di pihak pembangkang pula Dato’ Ambiga Sreenevasan dan Haris Ibrahim.


ARTIKEL MENARIK:
1. Bukan Islam Perlu Membiak Lebih Banyak - Siti Kassim

2. ‘Islam Bukan Agama Keamanan’ - Lihat Apa Yang Berlaku Pada Adun Mulut Longkang Ini

3. Jika Perang Meletus, Korea Utara Mampu Tawan Malaysia Kurang Seminggu – Penganalisa Pertahanan

4. Cara Mudah Membuat Rayuan BR1M 2017

5. Pegawai Kedutaan Malaysia di Korea Bergegas ke Lapangan Terbang Sehelai Sepinggang, Ceritakan Detik Cemas Ditahan Pegawai Korea...Allahu !



loading...

Secara keseluruhan, debat ini berlangsung dengan lancar kecuali insiden panelis diganggu salah seorang peserta, Siti Zabedah Kassim, yang lantang bersuara mempersoalkan kenyataan yang dibuat panelis pro pindaan Akta 355.

Apabila diminta untuk mengawal tingkah-laku oleh penganjur, Siti Kassim telah mengherdik dan memarahi penganjur dengan kata-kata yang kurang enak. Salah seorang petugas wanita penganjur, dimarahi Siti Kasim kerana cuba mententeramkan keadaan.

“Dia yang mengganggu saya sekarang! Tinggalkan saya bersendirian dan tolong pergi”, kata Siti Kasim kepada penganjur ketika diminta menghormati penceramah. Walaubagaimanapun, pujian harus diberikan kepada penganjur dan juga moderator, saudara Azrul Mohd Khalib yang dilihat professional dalam mengawal situasi debat.

Selain daripada itu, pada sesi soalan, Siti Kasim turut mendakwa bahawa beliau mempunyai satu versi Islam tersendiri yang beliau ikut dan tidak boleh dipaksa menurut versi Islam yang dianuti di Malaysia.

Beliau lantang menyatakan bangkangan terhadap Akta 355 kerana mendakwa, ia adalah hak beliau untuk bebas beragama sepertimana yang dikehendakinya. “Awak mengatakan awak percaya kepada Perlembagaan Persekutuan, maka awak percaya saya sebagai orang Melayu mempunyai pilihan supaya dilindungi di bawah Perlembagaan Persekutuan.

Awak juga mempunyai kebebasan untuk menikmati kepercayaan kepada apa sahaja yang awak kehendaki, sebab saya tak percaya kepada Islam awak. Saya ada Islam versi saya sendiri yang lebih penyayang dan mengasihani daripada apa yang awak sedang tayangkan kepada dunia. Tetapi tidak mengapa.

Adakah anda bersetu jika orang Melayu seperti saya yang tidak percaya kepada Islam versi awak dibenarkan untuk meninggalkan Islam versi awak dan tidak menarik kami sekali ke dalamnya?”, dakwa Siti Kasim.

Kredit - menara.my

________________________________________________________
Untuk dapatkan makluman berita terkini, viral dan informasi berguna dari blog ini melalui Facebook, sila LIKE page kami:

Post a Comment

Previous Post Next Post