Siti Kassim Jahil Agama, Menjurus Ke Arah Murtad – Mufti P.Pinang

Siti Kassim Jahil Agama, Menjurus Ke Arah Murtad – Mufti P.Pinang

PETALING JAYA – Mufti Pulau Pinang, Datuk Dr Wan Salim Mohd Nor menyifatkan peguam kontroversi Siti Kasim sebagai seorang individu yang jahil agama.

Siti Kassim Jahil Agama, Menjurus Ke Arah Murtad – Mufti P.Pinang
Siti Kassim Jahil Agama, Menjurus Ke Arah Murtad – Mufti P.Pinang

Bercakap kepada sebuah laman portal Wan Salim berkata, tindakan wanita itu yang juga seorang aktivis dalam mempersoalkan tentang kewujudan tuhan jelas menunjukkan beliau seorang yang cetek ilmu tentang Islam dan boleh menjurus ke arah murtad.

ARTIKEL MENARIK: Siapakah Siti Kassim Yang Sebenarnya? Antara Manusia Yang Perlu Diberi PERHATIAN di Malaysia Ketika Ini.

loading...

“Bila dia buat kenyataan macam itu maknanya dia sebagai seorang Muslim, kita bimbang akidah dia terkeluar daripada Islam dan menjadi murtad,” katanya seperti dilaporkan.

Wan Salim berkata, beliau menyarankan agar Siti Kasim kembali ke jalan dengan mendalami pengajian akidah Islam.

“Saya sangat mengalu-alukan kalau Siti Kasim berbincang secara tertutup dengan pakar akidah termasuk pakar saintifik yang boleh beri keterangan kerana orang macam dia perlu diberi pemahaman bukan dengan cara tradisional tetapi dikaitkan dengan perkembangan sains,” ujarnya.

Beliau berkata, Siti Kasim mungkin terpengaruh dengan sesetengah pandangan barat yang sudah hilang kepercayaan terhadap agama.

“Bagi mereka agama tidak boleh selaras dengan perkembangan sains, tapi kita dalam Islam, semakin majunya sains, makin dapat dibuktikan kebenaran Islam, termasuk dari sudut kepercayaan.

“Jadi bagi orang ateis, mereka ini ada sebab tertentu kenapa tidak percaya kepada Tuhan dan antaranya ialah kerana psikologi.

“Mungkin Siti Kasim dipengaruhi suasana rumah tangga semasa kecil dan sebagainya, sebab itu kita kena simpati kepada orang seperti ini.

“Kita kena bimbing dia ke jalan yang benar, tapi terpulang kepada dia setelah kita usaha dia tidak terima apa boleh buat, yang penting kita tidak beremosi dan tangani benda ini dengan bijaksana,” katanya. – MalaysiaGazette

BACA TOP 3 INI JUGA:
'Saya Mengaku Terus Terang Tak Akan Undi Umno-BN Di PRU14 Nanti' - Mohd Nakhaie Ahmad
Berniaga Depan Rumah Pun Kena Saman, Lelaki Ini Dedahkan Perangai Pihak Berkuasa
Presiden Indonesia Tak Terima Hadiah Daripada Raja Arab Saudi Seperti Najib Kerana Ia Dianggap Rasuah Dan Boleh Dikenakan Tindakan Undang-Undang



________________________________________________________
Untuk dapatkan makluman berita terkini, viral dan informasi berguna dari blog ini melalui Facebook, sila LIKE page kami:

Post a Comment

Previous Post Next Post