Sebelum Tinggalkan Malaysia Ini Kata-kata Terakhir Duta korea Utara Kepada Kerajaan

loading...

SEPANG – Tindakan melampau. Itu yang disifatkan Duta Korea Utara, Kang Chol mengenai keputusan kerajaan Malaysia yang mengisytiharkan dirinya sebagai ‘Persona Non Grata’.

Sebelum Tinggalkan Malaysia Ini Kata-kata Terakhir Duta korea Utara Kepada Kerajaan
Sebelum Tinggalkan Malaysia Ini Kata-kata Terakhir Duta korea Utara Kepada Kerajaan

Media tempatan melaporkan, Kang Chol yang ditemui di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) menganggap tindakan itu boleh menjejaskan hubungan dua hala antara Malaysia dan Korea Utara yang dibina sejak 40 tahun lalu.

ARTIKEL MENARIK:
1. Tindakan Drastik Duta Korea Utara Selepas Malaysia Usir Duta Besarnya Ialah… !!!

2. Permohonan BR1M Tak Lulus , Orang Ramai Banjiri Media Sosial Dengan Hashtag #br1m

3. Ibu Bapa Yang Mengecualikan Wang Hantaran Kepada Bakal Menantu Akan Mendapat Insentif Dari Kerajaan - Shazni

4. Kenaikan Harga Gula 11 sen Sekilogram Bukan Isu Besar Kata Menteri

5. Tindakan Malaysia Halau duta korea utara umpama menempah perang - Netizen


loading...

“Saya memandang berat tindakan ekstrem yang diambil kerajaan Malaysia,” katanya.

Kang Chol bagaimanapun tetap dengan kenyataannya sebelum ini yang mengkritik dan membuat tuduhan tidak berasas berhubung proses siasatan negara ini terhadap kematian warga Korea Utara yang meninggal dunia pada 13 Februari lalu.

“Itu adalah tindakan sewajarnya dilakukan saya sebagai Duta Republik Demokratik Rakyat Korea (DPRK), Korea Utara di negara ini (Malaysia).

“Ini kerana polis Malaysia melakukan bedah siasat tanpa kebenaran DPRK dan menahan warga kami tanpa bukti kukuh,” katanya.

Selepas 48 jam diberikan masa meninggalkan Malaysia bermula Sabtu lalu, akhirnya Kang Chol tiba di KLIA pada 4.40 petang tadi bersama isteri dan seorang cucu perempuan.

Difahamkan, beliau dijadulkan berlepas hari ini dari KLIA ke Beijing, China dengan menaiki pesawat Malaysia Airlines penerbangan MH360 kira-kira jam 6.25 petang.

Pengusiran Kang Chol dibuat susulan kegagalan berjumpa dengan pihak Kementerian Luar dan keengganan beliau mengemukakan permohonan maaf secara bertulis berikutan dakwaan negatif yang dibuatnya terhadap Malaysia sebelum ini berhubung siasatan polis terhadap pembunuhan Kim Jong-nam, abang tiri kepada pemimpin Korea Utara, Kim Jong-un. – MYNEWSHUB.CC

________________________________________________________
Untuk dapatkan makluman berita terkini, viral dan informasi berguna dari blog ini melalui Facebook, sila LIKE page kami:
loading...
Sebelum Tinggalkan Malaysia Ini Kata-kata Terakhir Duta korea Utara Kepada Kerajaan Sebelum Tinggalkan Malaysia Ini Kata-kata Terakhir Duta korea Utara Kepada Kerajaan Reviewed by Bulletin Media on 8:21 am Rating: 5

No comments

Post AD