Paru-paru awak dah berlobang terpaksa potong .. gelap gelita rasa betapa siksa nya hidup (5 Gambar)

Paru-paru awak dah berlobang terpaksa potong .. gelap gelita rasa betapa siksa nya hidup (5 Gambar)

Kuala Lumpur : Paru-parunya bocor dan bahagian yang bocor itu terpaksa dibuang. Memang mengerikan, namun itu yang harus diterima Muhammad Aidelhan Surjonoh, 28, akibat merokok.

Paru-paru awak dah berlobang terpaksa potong .. gelap gelita rasa betapa siksa nya hidup (5Gambar)
Paru-paru awak dah berlobang terpaksa potong .. gelap gelita rasa betapa siksa nya hidup (5Gambar)

Pemuda yang tinggal di Kluang itu berkata, semuanya bermula dengan sesak nafas pada 24 Februari lalu.“Mula-mula saya sesak nafas. Pergi ke klinik di Kluang, dan doktor kata mungkin gastrik atau otot tegang, tetapi selepas beberapa hari, keadaan saya masih belum pulih.

ARTIKEL MENARIK: Gembira bertukar duka .. Azah terbujur kaku dilebuhraya pulang dari kenduri kahwin rakan (8Gambar)

loading...

“Kemudian saya ke Hospital Pantai Batu Pahat dan sempat jalani pembedahan untuk keluarkan angin dalam paru-paru, tetapi masih tidak pulih. Apabila buat imbasan CT, doktor dapati paru-paru saya bocor.

“Hospital itu minta saya rujuk ke Hospital Mahkota, Melaka. Di situ, saya jalani pembedahan untuk menampal paru-paru yang bocor. Malangnya kaedah itu tidak berjaya dan doktor sarankan bahagian bocor sebesar lima sentimeter dibuang,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.
Diawal apa yang berlaku :

As salam..baik laa..ramai yg mintak sy explain knp dan knp...sy mulakan cerita yaa..sy mmg xde sakit ape2 sebelum2 nie..sihatvmcm biasa..waktu dok relek2 ptg 2..tetiba sesak nafas nak diri x leh..nak tunduk pin x leh..so mintak tlg kwn anto pi klinik..doc ckp otot n urat tegang..so kasi 1 injection..bgun esoknye pon x ok gak..so ingat nak urut jerk..mlm 2 pon urut laa..esoknye pon same jugak..lepas tgahari pi klinik kt batu pahat plak..dok ckp en kene pi sepital..sy buat surat..masuk emergancy terus..pi laa sepital pantai..masok2 terus don buat xray..on the spot kuar x ray die soh stanby utk operate dada..tebuk 1 lubang utk kuarkan udara lebih kt paru2..duduk icu 1 mlm..doc ckp biasenye 2 hari dah settle masalah..tp ni tidak..so xray lagi..buat ct scan...tup doc ckp paru2 sudah bocor..kene operate n anto pi mmc melaka...smpai melaka esoknye terus buat mejor operate yg mengambil masa lebih kurang 5 jam..paru sy kene potong sikit sbb lubang 2 byk dah bahagian 2 x berfungsi lagi..doc ckp stop smoking sbb peparu awk nanti boleh jadi mcm carbon..hancur lame2...so siap operate ade 2 tiub dimasokkan kt dlm badan saya.mcm 2 laa ceritanya.

As salam..ini merupakan sebahagian paru2 yg dipotong dah dikeluarkan krn tdk lagi berfungsi.kat sini sy nak ceritakan kisah selepas operation.saya masih tidak dapat menarik nafas dalam2 dan masih menjalankan fisio atau senaman nafas yg betul bagi membolehkan paru2 saya kembali berfungsi seperti sediakala.kepada perokok2 diluar sana..cuba anda bayangkan..sy x boleh tido lebih dari 2 jam untuk sekali lelap..sbb kalau terlebih..sy akan mengalami 1 kesakitan yg teramat sgt ketika tersedar dari tidur kerana semasa tidur paru2 kita hanya melakukan pergerakkan yg paling minima..dan bila hendak menarik nafas spt biasa..akan terasa satu keperitan seperti luka xcident yg berdarah diperah dgn limau..ini bukan tipu..sy yg alami..jadi kpd perokok2..anda bayangkan setiap hari anda akan berasa takot untuk tidur...sy bagi tips sikit kalau2 ade yg terkene mcm sy akan dtg..anda kene tidur duduk supaya x terlalu nyenyak...itulah yg sy alami untuk masa nie..sekian..as salam..moga ia memberi sedikit sokongan untuk korang stop smoking..



Muhammad%2BAidelhan.jpg

Muhammad%2BAidelhan%2BSurjonoh%2B1.jpg

Muhammad%2BAidelhan%2BSurjonoh.jpg

paru-paru%2Bbocor%2B1.jpg

Selepas hampir sebulan menjalani pembedahan terbabit, Aidelhan yang sebelum ini aktif bersukan berkata, dia masih belum pulih sepenuhnya dan tidak boleh menarik nafas dalam.

“Keadaan saya semakin baik, tetapi belum pulih sepenuhnya. Saya belum boleh menarik nafas dalam.
Menurut doktor, ia mungkin ambil masa tiga bulan hingga setahun untuk pulih.

“Dulu saya aktif bersukan seperti bermain futsal, takraw atau badminton, tetapi sekarang doktor hanya galakkan saya berjalan,” katanya yang mula merokok sejak berusia 17 tahun.

Tambah Aidelhan, dia mula sedar bahawa merokok bukan sekadar membahayakan kesihatan malah ia juga satu pembaziran.

“Sebelum ini saya memang ada niat nak berhenti merokok. Tapi ia sekadar niat, justeru saya anggap apa yang berlaku ada hikmah kerana jika tidak sakit, mungkin saya tak berhenti merokok.

“Sekarang apabila dah tinggalkan rokok, baru saya sedar hampir RM400 saya bazirkan setiap bulan untuk beli rokok. Kalau jumlah itu diberi kepada ibu bapa kan lebih baik,” katanya.

Aidelhan turut dimaklumkan oleh doktor yang merawatnya bahawa paru-parunya boleh hancur sekiranya dia tidak berhenti merokok.
“Sudah sebulan saya berhenti merokok. Saya faham memang susah nak berhenti kerana saya sendiri mengalami pening-pening dan lemah badan pada minggu pertama.

“Masuk minggu kedua dan ketiga, saya mula biasakan diri tanpa rokok. Mula-mula memang susah. Kalau tak boleh berhenti terus, mulakan dengan kurangkan merokok,” katanya.

BACA TOP 3 INI JUGA:
  1. Foto-foto Perjalanan Terakhir Insan Dikasihi Dr. Fadzli, Buat Tatapan Insan-insan Yang Mengenalinya
  2. Dell dell dell, aku akan rindu kau dell .. Dell maut parah di kepala dan leher kemalangan (5Gambar)
  3. [VIDEO] Budak 8 Tahun Hilang Ditemui Dalam Perut Buaya
________________________________________________________
Untuk dapatkan makluman berita terkini, viral dan informasi berguna dari blog ini melalui Facebook, sila LIKE page kami:

Post a Comment

Previous Post Next Post