Nasib Malang Bayi 8 Bulan Ditikam Ibu

Nasib Malang Bayi 8 Bulan Ditikam Ibu

Seorang wanita yang mengalami masalah mental tergamak menikam bayinya berusia 8 bulan dengan pisau di Nigeria.


Dalam kejadian di berek polis pada pertengahan Mac lalu, mangsa bayi lelaki berusia 8 bulan ditikam di bahagian perut, dikejarkan hospital.

ARTIKEL MENARIK: SADIS!! Jirus Bayi Baru Lahir Dengan Air Panas Sebelum Dicampak Dalam Tong Sampah

loading...

Difahamkan suspek merupakan isteri kepada seorang pegawai polis berpangkat sarjan, juga telah dibawa ke hospital psikiatri untuk pemeriksaan kesihatan.

Berdasarkan siasatan awal, suspek dilaporkan mengalami gangguan mental sehingga sanggup menikam perut anaknya sendiri dengan pisau dapur serta membiarkan pisau itu tertusuk di perut mangsa.

Kejadian itu disaksi oleh salah seorang jirannya lalu menjerit mengejutkan jiran-jiran yang lain.

Menurut saksi dan pengamal perubatan di hospital berkenaan yang tidak mahu namanya disiarkan berkata, bayi malang itu dibawa ke wad kecemasan dengan pisau yang masih tertusuk di dalam perutnya. Mangsa juga telah kehilangan darah yang begitu banyak.

Di laman Facebook, Omeri Nwachi berkata, “Seorang wanita menikam perut bayi ini. Bayi ini masih hidup dan sedang bersedia untuk prosedur pembedahan. Doakanlah bayi ini selamat.”

Ketua Pengarah Perubatan Hospital, Dr Emeka Orga berkata, bayi itu telah dibedah dan pembedahan yang dilakukan juga telah berjaya menyelamatkannya. Namun beliau juga turut melahirkan rasa terkejut dengan kejadian itu.

Sementara itu, pihak polis sedang menyiasat kejadian tersebut dan mengesahkan suspek mengalami masalah mental dan merupakan isteri kepada seorang pegawai polis. – The Reporter



BACA TOP 3 INI JUGA:
Ngeri..!! Orang Cina Hina Azan-{islam} & Hampir 5ribu Umat Islam Bertindak Naik Hantu Memba...
Bunuh Anak 3 Tahun, Bapa & Teman Wanita Dihukum Gantung Sampai Mati
MasyaAllah!! Nenek Berusia 83 Tahun Dir0go1 Ketika Mengambil Wudhu


________________________________________________________
Untuk dapatkan makluman berita terkini, viral dan informasi berguna dari blog ini melalui Facebook, sila LIKE page kami:

Post a Comment

Previous Post Next Post