Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Terlibat Dalam Kemalangan

Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Terlibat Dalam Kemalangan

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Joseph Entulu Belaun terlibat dalam kemalangan ketika dalam perjalanan melawat saudaranya yang meninggal dunia, di KM88 Jalan Sibu-Bintulu kira-kira pukul 6.30 petang semalam.

Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Terlibat Dalam Kemalangan
Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Terlibat Dalam Kemalangan

Entulu, 63, yang juga Ahli Parlimen Selangau berkata, ketika kejadian beliau memandu kenderaan pacuan empat roda dengan ditemani isterinya, Datin Jacklyne Anthony, 29, untuk menziarah saudaranya yang meninggal dunia di Rumah Chuat, Sungai Arip, Balingian.


ARTIKEL MENARIK:
1. Bayi 2 bulan maut diberi makan pisang & biskut

2. Myra Yang Dituduh Pembuli Pula Buat Laporan Polis!! Rupanya Ini Cerita Sebenar Yang Mengejutkan!!!

3. Tujuh remaja berbasikal ditahan polis di Dataran Bandaraya Johor

4. Individu Dedah Siapa Pemandu Wanita Langgar Remaja Basikal

5. KINI TERSEBAR.. 7 Screenshot Perbualan Chat Sulit Antara King Coco Dan Seorang Wanita Yang Dimaki Teruk Kerana Didakwa Menggangu Suaminya!!! Walhal Wanita Itu Hanyalah..


loading...

"Kenderaan itu tiba-tiba tergelincir dan tidak dapat dikawal lalu berpusing dan akhirnya melanggar pokok kelapa sawit yang berhampiran," katanya ketika dihubungi petang ini.

Entulu berkata sewaktu kejadian keadaan jalan agak licin kerana hujan renyai-renyai .

"Saya mengalami kesukaran bernafas selepas keluar dari kenderaan tersebut," katanya.

Beliau berkata, orang awam yang berada berhampiran lokasi kejadian, kemudian membantu membawanya serta isteri ke Klinik Kesihatan Tatau.

"Tiada kecederaan serius, cuma sakit badan manakala isteri agak trauma akibat kemalangan tersebut," katanya sambil menjelaskan kenderaan miliknya itu remuk di bahagian hadapan serta tepi.

Beliau yang kini sudah berada di Kuala Lumpur menganggap kejadian tersebut sebagai dugaan.

Gambar kenderaan pacuan empat roda yang dipandu Entulu menjadi tular dalam media sosial hari ini menyebabkan timbul spekulasi mendakwanya terlibat dalam kemalangan serius.

________________________________________________________
Untuk dapatkan makluman berita terkini, viral dan informasi berguna dari blog ini melalui Facebook, sila LIKE page kami:

Post a Comment

Previous Post Next Post