KDN sahkan ada selipar guna kalimah Allah

KDN sahkan ada selipar guna kalimah Allah

Putrajaya – Lembaga Pengawalan dan Pelesenan Percetakan Teks Al-Quran mengesahkan terdapat selipar yang tertulis kalimah Allah dijual oleh pihak tidak bertanggungjawab kepada orang awam.

KDN sahkan ada selipar guna kalimah Allah
KDN sahkan ada selipar guna kalimah Allah

Pengerusinya, Tan Sri Harussani Zakaria berkata, pihaknya telah meneliti selipar berkenaan dan mendapati terdapat tulisan kalimah ‘Ya Hayyun Ya Qayyum’ yang merupakan kalimah suci daripada Asma’ Al-Husna di atas permukaan selipar tersebut.



loading...

“Rampasan telah dibuat dan tindakan lanjut sedang dilakukan oleh pihak Kementerian Dalam Negeri (KDN) melalui Akta Pencetakan Teks Al-Quran 1986.

MIDDLE-OF-POST.jpg
“Lembaga menasihati orang ramai yang telah membeli selipar berkenaan supaya menyerahkan kepada KDN atau Jabatan Agama Islam Negeri untuk tujuan pelupusan,” katanya melalui kenyataan yang dikeluarkan di sini hari ini.

Beliau yang juga Mufti Perak mengulas mengenai perkara itu selepas tular di laman sosial mengenai penjualan selipar yang tertulis kalimah ‘Ya Hayyun Ya Qayyum’ dan dijual pada harga RM6.90 sepasang.

Susulan kes berkenaan, lembaga tersebut yang merupakan agensi di bawah KDN mengambil langkah segera untuk merampas barangan itu agar tidak terus dijual kepada orang awam. – Kosmo

BACA TOP 3 INI JUGA:
 Poligami Patut Dihapus Dan Diharamkan Walaupun Dibenarkan Dalam Al-Quran.. - Asiah Abd Jalil
Allahhu ! Rupanya Ini Punca Sebenar Kapal Terbang Dilarang Melintas Di Atas Kaabah ! MOHON SHARE !
Misteri Mengapa Air Zam-Zam Tak Pernah Kering Akhirnya Terbongkar !! SubhanAllah !!
________________________________________________________
Untuk dapatkan makluman berita terkini, viral dan informasi berguna dari blog ini melalui Facebook, sila LIKE page kami:

Post a Comment

Previous Post Next Post