Jika Perang Meletus, Korea Utara Mampu Tawan Malaysia Kurang Seminggu – Penganalisa Pertahanan

Seorang penganalisa pertahanan pro Pakatan Harapan hari ini mendedahkan bahawa, sekiranya perang meletus antara Malaysia dan Korea Utara, negara itu mampu menawan negara ini dalam tempoh kurang 2 minggu dengan hanya suku dari keseluruhan kekuatan tentera mereka!!

Jika Perang Meletus, Korea Utara Mampu Tawan Malaysia Kurang Seminggu – Penganalisa Pertahanan
Jika Perang Meletus, Korea Utara Mampu Tawan Malaysia Kurang Seminggu – Penganalisa Pertahanan

Nampak tak masuk akal tapi berdasarkan perbezaan kekuatan ketenteraan dan perbandingan aset, negara kita jelas terkebelakang dengan nisbah anggota tentera Korea Utara dan negara kita adalah 4:1.

ARTIKEL MENARIK:
1. Cara Mudah Membuat Rayuan BR1M 2017

2. Permohonan BR1M Tak Lulus , Orang Ramai Banjiri Media Sosial Dengan Hashtag #br1m

3. BR1M 2017 : Pembayaran BR1M Kelompok 2 Fasa 1 Mula Dibuat Dan Selesai Sebelum 28 Mac 2017

4. Harga Gula Senyap-Senyap Naik 11 sen Sekilogram

5. TERKINI!! Harga RON 95 & RON 97 Kekal, Diesel Naik 5 Sen Untuk Mac 2017


loading...

Dari segi aset sudah tentu lebih banyak lagi kerana North Korea memperuntukkan separuh dari keseluruhan bajet tahunan negara itu untuk pertahanan, berbanding kita, hanya RM 15 billion dari keseluruhan RM 238 billion bajet tahunan.

Ambil contoh kapal selam cukup. Negara kita hanya ada 2 buah kapal selam (PKR mendakwa kedua-duanya tidak boleh menyelam), berbanding Korea Utara, 70 buah (kesemuanya boleh menyelam). Askar mereka melebihi 1.4 juta orang berbanding kita, tidak sampai pun 200 ribu orang, dan pelbagai lagi. Tak sebut keupayaan senjata nuklear yang mana tidak wujud pun di negara kita.

Cuma masalahnya sekarang ialah logistik.

Korea Utara tidak mempunyai aset yang mencukupi untuk membawa kesemua askar dan aset kententeraan mereka datang ke negara ini akibat pelbagai sekatan yang dikenakan ke atas negara tersebut atas sebab pencabulan hak asasi manusia. Aset ketenteraan mereka, sekalipun usang tapi dalam jumlah yang banyak, tak terbanding dengan aset kententeraan kita yang mungkin nampak sedikit canggih tapi dalam kuantiti yang sangat kecil dan terhad.

Tapi tak tahulah, dengan program peluru berpandu antara benua seperti Taepodong 2 (8,000km), Musudan (4,000km) dan sebagainya, mungkin tak perlu datang dekat pun rasanya, kata penganalisis berkenaan lagi.
http://www.suarapakatanharapan.com

________________________________________________________
Untuk dapatkan makluman berita terkini, viral dan informasi berguna dari blog ini melalui Facebook, sila LIKE page kami:
Jika Perang Meletus, Korea Utara Mampu Tawan Malaysia Kurang Seminggu – Penganalisa Pertahanan Jika Perang Meletus, Korea Utara Mampu Tawan Malaysia Kurang Seminggu – Penganalisa Pertahanan Reviewed by Bulletin Media on 9:11 pm Rating: 5

No comments

Post AD

home ads