Gambar Duta Korea Utara "Tersepit" Dalam Pesawat MAS MH360 Ketika Pulang Korea Jadi Viral

DUTA Besar Korea Utara, Kang Chol yang diusir balik ke negara asalnya mungkin nampak garang, namun siapa sangka beliau pulang ke Pyongyang lewat Isnin dalam keadaan serba kekurangan.

Gambar Duta Korea Utara "Tersepit" Dalam Pesawat MAS MH360 Ketika Pulang Korea Jadi Viral
Gambar Duta Korea Utara "Tersepit" Dalam Pesawat MAS MH360 Ketika Pulang Korea Jadi Viral

Portal antarabangsa Daily Mail melaporkan, beliau hanya menggunakan pakej penerbangan kelas ekonomi yang sesak dengan ramai penumpang dan turut membawa bersama-samanya sebuah televisyen jenama Philips.


ARTIKEL MENARIK:
1. Tak lulus BR1M Kerana SSM , Pihak Berwajib Tampil Beri Penjelasan Sebenar Dan Ini Caranya Jika Mahu Dapatkan BR1M Semula

2. Setelah Viral “SSM” Punca Permohonan BR1M Gagal, Tiba-Tiba Hari Ini Perkataan SSM DIBUANG

3. TERKINI !! BR1M 2017 Tidak Lulus, Sila Buat Rayuan Segera

4. Ada Lesen Perniagaan SSM Tidak Layak Menerima BR1M...?

5. Sebelum Tinggalkan Malaysia Ini Kata-kata Terakhir Duta korea Utara Kepada Kerajaan


loading...

Kang Chol turut membawa empat kotak dibalut kemas bertulis DPRK Pyongyang dan tiga bagasi lain sebelum mendaftar masuk di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di Sepang, Selangor semalam.

Di atas pesawat, Kang Chol terpaksa duduk himpit bersesak seperti penumpang lain dalam kelas ekonomi pesawat Malaysia Airlines, sesuatu yang dianggap di luar kebiasaan untuk individu profil tinggi bertaraf diplomat.

Ia mencetuskan persoalan mengenai pendapatan duta tersebut yang agak miskin sehingga terpaksa membawa balik set TV dengan menaiki pesawat sama seperti dilakukan pekerja Bangladesh apabila pulang ke kampung halaman.

Duta Korea Utara Naik Kelas Ekonomi, Bawa Balik TV

Daily Mail turut memaparkan foto Kang Chol ‘tersepit’ antara penumpang lain bersebelahan dengan kanak-kanak dalam pesawat penerbangan MH360 menuju ke Beijing, China itu sehingga menimbulkan pelbagai reaksi.

Portal terkenal Britain itu turut menambah “Sekurang-kurangnya dia tidak kena tembak,” menerusi kapsyen gambar sebagai sindiran terhadap nasib penyandang jawatan sebelumnya yang diarah pulang ke Pyongyang pada 2014.

Kata-kata sinis itu dipercayai merujuk kepada bekas duta besar Korea Utara ke Malaysia, Jang Yong Chol, yang dilaporkan ditembak mati oleh rejim Pyongyang sejurus dipanggil balik atas dakwaan derhaka kepada negara.

Yong Chol merupakan anak saudara kepada Jang Song Thaek, bapa saudara diktator Korea Utara, Kim Jong Un, yang dihukum bunuh dengan peluru berpandu bersama-sama seluruh anggota keluarganya pada Disember 2013.

Kepulangan Kang Chol susulan pengisytiharan ‘Persona Non Grata‘ oleh kerajaan setelah gagal mengemukakan permohonan maaf secara bertulis bagi dakwaan liar dilontarkannya terhadap Malaysia. – MYNEWSHUB.CC

________________________________________________________
Untuk dapatkan makluman berita terkini, viral dan informasi berguna dari blog ini melalui Facebook, sila LIKE page kami:
Gambar Duta Korea Utara "Tersepit" Dalam Pesawat MAS MH360 Ketika Pulang Korea Jadi Viral Gambar Duta Korea Utara "Tersepit" Dalam Pesawat MAS MH360 Ketika Pulang Korea Jadi Viral Reviewed by Bulletin Media on 8:51 pm Rating: 5

No comments

Post AD

home ads