Breaking News

Elakkan Menuam Anak Yang Demam Dengan Warm Water Mahupun Air Sejuk, Apatah Lagi Ais

loading...

Elakkan menuam anak yang demam dengan warm water mahupun air sejuk, apatah lagi ais

Elakkan  Menuam Anak Yang Demam Dengan Warm Water Mahupun Air Sejuk, Apatah Lagi Ais
Elakkan  Menuam Anak Yang Demam Dengan Warm Water Mahupun Air Sejuk, Apatah Lagi Ais

Oleh Doktor Abdul Rahman Abdul Kadir


ARTIKEL MENARIK: Senarai Kopi Beracun Disahkan Oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (Mohon Sebarkan!)

loading...

ANAK DEMAM, TUAM AIR PANAS ATAU SEJUK?

Demam adalah suatu sakit yang amat biasa dialami oleh anak-anak kita. Ia biasanya adalah merupakan satu respons normal tubuh badan terhadap jangkitan kuman (virus, bakteria dan sebagainya).

Demam yang tinggi kadang kala adalah bahaya dan boleh menyebabkan sawan yang boleh merosakkan otak. Juga demam yang tinggi akan menyebabkan anak-anak tidak selesa dan meragam.

Salah satu cara mudah menurunkan suhu badan selain mengambil ubat paracetamol adalah dengan memakaikan anak anda dengan pakaian ringkas dan tipis bagi memudahkan haba badan terbebas. Juga ramai perawat akan menasihati ibu bapa melakukan tuaman pada tubuh badan secara berkala apabila suhu badan tinggi dengan tuala yang basah.

Ini menimbulkan persoalan kepada ramai sama ada perlu menggunakan tuala basah yang sejuk ataupun panas/suam. Ada yang mengatakan guna tuala sejuk dan ada yang kata guna tuala yang direndam dengan air yang panas/suam.

Pandangan yang lebih rojih/tepat dalam soal ini adalah, gunakan tuala yang direndam pada air pada suhu bilik/ambient temperature. Bermakna, air paip biasa saja adalah memadai.

Air yang panas/suam akan menyebabkan suhu badan semakin meningkat sebenarnya. Demikian juga air sejuk akan menyebabkan liang-liang roma dan saluran darah periferi mengecut dan akan menyebabkan haba badan terperangkap di dalam badan.

Jadi, gunakan saja air pada suhu bilik dan maintain suhu bilik pada suhu yang selesa dingin (tidak terlalu panas mahupun sejuk) kerana ia membantu menurunkan suhu badan melalui kaedah konveksi dan sejatan.

Jika sekalipun terpaksa menggunakan air suam untuk menuam anak anda kerana anak tidak tahan sejuk, gunakan air yang bersuhu lukewarm/suam-suam kuku bagi tujuan ini.

Elakkan menuam anak anda dengan air panas (warm water) mahupun air sejuk apatah lagi ais.

Tidak perlu menggunakan penampal demam seperti Kool Fever sebenarnya pun kerana tiada bukti keberkesanannya hingga kini.

Semoga bermanfaat.

BACA TOP 3 INI JUGA:
 Poligami Patut Dihapus Dan Diharamkan Walaupun Dibenarkan Dalam Al-Quran.. - Asiah Abd Jalil
Allahhu ! Rupanya Ini Punca Sebenar Kapal Terbang Dilarang Melintas Di Atas Kaabah ! MOHON SHARE !
Misteri Mengapa Air Zam-Zam Tak Pernah Kering Akhirnya Terbongkar !! SubhanAllah !!
________________________________________________________
Untuk dapatkan makluman berita terkini, viral dan informasi berguna dari blog ini melalui Facebook, sila LIKE page kami:
loading...
loading...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments