Breaking News

Anak bekas Duta Korea Utara Ke Vietnam Antara Suspek Bunuh Jong-Nam

loading...

Jakarta – Seorang suspek dalam kes pembunuhan Kim Jong-nam dilaporkan anak kepada bekas Duta Korea Utara ke Vietnam.

Anak bekas Duta Korea Utara Ke Vietnam Antara Suspek Bunuh Jong-Nam
Anak bekas Duta Korea Utara Ke Vietnam Antara Suspek Bunuh Jong-Nam

Lelaki tersebut turut didakwa telah mengumpan seorangwanita Vietnam untuk terlibat dalam kes pembunuhan abang kepada pemimpin tertinggi Korea Utara, Kim Jong-un.

ARTIKEL MENARIK: Sebelum Tinggalkan Malaysia Ini Kata-kata Terakhir Duta korea Utara Kepada Kerajaan

loading...

Menurut agensi berita Yonhap yang memetik daripada sumber berkata, Ri Ji Hyon, 33, adalah anak kepada bekas duta Korea Utara ke Hanoi, Ri Hong, dan tinggal di Vietnam kira-kira 10 tahun.

Sumber turut memberitahu bahawa Ji Hyon bekerja sebagai diplomat pelatih di kedutaan Korea Utara lebih daripada setahun dan bekerja sebagai jurubahasa.

Dengan kelebihan berbahasa Vietnam, Jo Hyon telah menggunakan suspek wanita dari Vietnam, Doan Thi Huong dalam perancangannya untuk membunuh Jong-nam yang ketika itu sedang menunggu penerbangan ke Macau di Lapangan Terbang Kuala Lumpur 2 (klia2) pada 13 Februari lalu.

Thi Huong bersama seorang lagi suspek wanita dari Indonesia, Siti Aisyah didakwa menyapu bahan kimia berbahaya, agen saraf VX ke muka Jong-nam.

Mereka telah dituduh membunuh Jong-nam namun kedua-duanya mendakwa tindakan itu sebagai satu gurauan dalam salah satu program realiti.

Ji Hyon merupakan antara empat suspek Korea Utara yang meninggalkan Malaysia pada hari Jong-nam dibunuh dan mereka dipercayai telah kembali ke Pyongyang.

Interpol telah mengeluarkan notis merah untuk mengesan dan menangkap mereka.

Polis Malaysia juga telah meminta bantuan kedutaan Korea Utara untuk mengambil keterangan dua lagi rakyat mereka dan seorang daripadanya merupakan pekerja syarikat penerbangan dan seorang lagi adalah diplomat kanan yang bekerja di Kuala Lumpur.

Namun bulan lalu, Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar mengakui polis boleh mengeluarkan waran tangkap terhadap pekerja Air Koryo Kim Uk-il, tetapi tidak boleh mengambil tindakan yang sama terhadap Setiausaha Kedua Hyon Kwang-song, yang mempunyai imuniti diplomatik.

Jong-nam dipercayai telah dibunuh atas arahan pemimpin tertinggi negara itu. -The Straits Times / Asia News Network

BACA TOP 3 INI JUGA:
Sebelum Tinggalkan Malaysia Ini Kata-kata Terakhir Duta korea Utara Kepada Kerajaan
Tindakan Drastik Duta Korea Utara Selepas Malaysia Usir Duta Besarnya Ialah… !!!
Permohonan BR1M Tak Lulus , Orang Ramai Banjiri Media Sosial Dengan Hashtag #br1m

________________________________________________________
Untuk dapatkan makluman berita terkini, viral dan informasi berguna dari blog ini melalui Facebook, sila LIKE page kami:
loading...
loading...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments