Tujuh remaja berbasikal ditahan polis di Dataran Bandaraya Johor

Tujuh remaja berbasikal ditahan polis di Dataran Bandaraya Johor

TUJUH remaja berbasikal dilaporkan telah ditahan berdekatan Dataran Bandaraya Johor Baharu, pada hari Sabtu di mana satu himpunan protes dirancang akan diadakan berhubung pemandu kereta wanita yang telah melanggar mati 8 remaja berbasikal tempoh hari.

Tujuh remaja berbasikal ditahan polis di Dataran Bandaraya Johor
Tujuh remaja berbasikal ditahan polis di Dataran Bandaraya Johor

Protes itu dilaporkan untuk menggesa pihak Polis mengambil tindakan terhadap pemandu wanita tersebut bagaimanapun ia nampaknya tidak berlaku.


ARTIKEL MENARIK:
1. Individu Dedah Siapa Pemandu Wanita Langgar Remaja Basikal

2. KINI TERSEBAR.. 7 Screenshot Perbualan Chat Sulit Antara King Coco Dan Seorang Wanita Yang Dimaki Teruk Kerana Didakwa Menggangu Suaminya!!! Walhal Wanita Itu Hanyalah..

3. Gambar Pemungut Sampah Dijadikan Bahan Lawak di Twitter Namun Warga Internet Tampil Pertahankannya

4. [VIDEO] Kakitangan Ambulan 'Minta Rasuah' Dulu Sebelum Bersetuju Hantar Pesakit Ke Hospital

5. Mengapa Perlu Rahsiakan Identiti Sebenar Pemandu Wanita Tersebut ???


loading...

Tujuh remaja terbabit yang kesemuanya lelaki dilihat mengayuh basikal berdekatan Dataran Bandaraya, tiada penunggang basikal lain yang kelihatan di situ.

Mereka ditahan oleh pihak polis trafik berhampiran sebuah restoran makanan segera di Jalan Kolam Ayer sekitar jam 10 pagi.

Pihak polis turut merampas 7 buah basikal yang sudah diubahsuai. Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Sulaiman Salleh berkata kesemua remaja terbabit ditahan untuk siasatan.

Katanya lagi, maklumat lanjut akan dimaklumkan kemudian. Difahamkan ibu bapa penjaga remaja terbabit juga akan dipanggil untuk berbincang dengan pihak polis.

Pada 22 Februari lalu, pihak polis telah menahan seorang remaja lelaki berusia 18 tahun yang dipercayai telah mengeluarkan satu jemputan kepada orang ramai untuk berkumpul di Dataran Bandaraya pada jam 8 pagi untuk menyertai satu protes terhadap pemandu kereta wanita terbabit.

Lapan remaja telah terbunuh selepas sebuah kereta merempuh sekumpulan remaja berbasikal yang berkumpul berdekatan susur laluan keluar Jalan Lingkaran Dalam, Johor Bahru pada jam 3:30 pagi pada 18 Februari 2017.

Pihak polis telah membebaskan pemandu berkenaan.

Sebelum ini, Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Nur Jazlan Mohamed berkata, tidak ada bukti bahawa pemandu tersebut memandu laju, mabuk, ataupun sedang menggunakan telefon bimbit semasa kejadian pada jam 3:30 pagi hari sabtu itu.

________________________________________________________
Untuk dapatkan makluman berita terkini, viral dan informasi berguna dari blog ini melalui Facebook, sila LIKE page kami:

Post a Comment

Previous Post Next Post