Sayu!! 10 gambar: Budak tiga tahun maut melambung, ibu bapa parah

Sayu!! 10 gambar: Budak tiga tahun maut melambung, ibu bapa parah

10 gambar: Budak tiga tahun maut melambung, ibu bapa parah

Sayu!!  10 gambar: Budak tiga tahun maut melambung, ibu bapa parah
Sayu!!  10 gambar: Budak tiga tahun maut melambung, ibu bapa parah

Kota Bharu: Budak lelaki berusia tiga tahun maut, manakala ibu bapanya cedera dalam kemalangan membabitkan motosikal dan kereta dekat Kampung Wakaf Tok Wali, Padang Kala, di sini, petang tadi.

ARTIKEL MENARIK:
1. Sayu!! Kanak-Kanak Maut Badan Putus Dua Di Gilis Lori, Tak Sempat Tunai Janji Belajar Mengaji Bersama Rakan

2. Nasib Terkini Wanita Langgar Remaja Berbasikal Selepas Disoal Siasat

3. Pengasuh Taska Kantoi Dera & Paksa Budak Makan Najis Sendiri

4. VIDEO LIVE : Remaja Wanita Gantung Diri Akibat Tertekan Jadi Hamba Seks Bapa Tiri

5. Nahas Basikal: 'Abang janji, ini last abang pergi sana, lepas ni boleh simpan basikal' - Arwah Firdauz


loading...

Kejadian berlaku kira-kira 4.30 petang itu menyebabkan Mohamad Hazrul Irfan Mohd Hazfiran meninggal dunia di tempat kejadian kerana parah di kepala dan badan.

Ibunya, Wan Noor Haslinda Abd Rasyid, 19, dan bapa Mohd Hazfiran Moh Jena, 25, cedera dan dirawat di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II), di sini.

Difahamkan, kemalangan berlaku apabila motosikal jenis Yamaha 135 LC ditunggang tiga beranak itu dari arah Kubang Kerian menghala ke Melor gagal mengelak kereta Perodua Kelisa dipandu lelaki usia 27 tahun (arah sama) yang mahu menukar lorong.

Akibatnya, mangsa melanggar bahagian belakang kereta dan terjatuh.

Saksi melihat kejadian itu, Abdul Aziz Zakaria, 55, berkata, dia sempat mendengar dentuman kuat dan melihat kanak-kanak malang itu melambung di tengah jalan.

“Ibunya luka teruk di muka, manakala bapanya cedera. Seorang pengguna jalan sempat memberhentikan keretanya di tengah jalan bagi mengelak kenderaan lain melanggar kanak-kanak itu.

“Kami bergegas melihat keadaannya, namun dia sudah tidak bernyawa,” katanya yang tinggal di rumah terletak kira-kira 100 meter dari tempat kejadian.

Tiga beranak itu difahamkan dalam perjalanan pulang ke rumah mereka di Kampung Alor Lintah, Jerteh selepas temujanji di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian.


















Kredit - eBerita

________________________________________________________
Untuk dapatkan makluman berita terkini, viral dan informasi berguna dari blog ini melalui Facebook, sila LIKE page kami:

Post a Comment

Previous Post Next Post