"saya dah tak lama kt rumah ni" pesan terakhir remaja sebelum maut dirempuh kereta ketika berbasikal

"saya dah tak lama kt rumah ni" pesan terakhir remaja sebelum maut dirempuh kereta ketika berbasikal

Semalam, dia (mangsa) keluar dari rumah kira-kira pukul 10 malam dan ada memberitahu hendak berbasikal.

"saya dah tak lama kt rumah ni" pesan terakhir remaja sebelum maut dirempuh kereta ketika berbasikal
"saya dah tak lama kt rumah ni" pesan terakhir remaja sebelum maut dirempuh kereta ketika berbasikal

“Dia berpesan supaya ibu mengunci sahaja pintu utama rumah sebab mungkin dia tidak balik ke rumah pada malam itu, namun, sekitar pukul 3 pagi, kami menerima panggilan daripada kawan-kawannya, memberitahu arwah terlibat dengan kemalangan.”

ARTIKEL MENARIK:
1. Derma Seringgit Pun Jadi, Asal Boleh Ringankan Beban Untuk Rawat Adik Akmalrul

2. Laksanakan perintah berkurung, buang basikal diubah suai & lapor jika ternampak remaja berbasikal lewat malam

3. Polis nafi pemandu wanita guna telefon bimbit ketika memandu

4. Nahas Basikal: ‘Pemandu terlibat tak guna telefon bimbit '- Polis

5. Nahas Basikal: ‘Bila Kawan Dah Ajak, Nasihat Pun Tak Guna’ – Abang Mangsa

6. Berita Susulan Kemalangan Ngeri Rempuh Geng Basikal.. 'Saya nampak satu kereta itu memecut laju & pemandunya sedang bermain telefon'- Mangsa


loading...

Demikian cerita Nurul Ain M Azahar, kakak kepada Muhammad Firdauz Danish, seorang daripada lapan remaja lelaki berbasikal yang maut di rempuh sebuah kereta di Jalan Lingkaran Dalam dekat sini awal pagi tadi.

Muhammad Firdauz Danish yang sepatutnya mendaftar masuk ke asrama Kolej Antarabangsa E-Access, Kulai, Isnin ini, bagi mengikuti jurusan latihan automatif.

“Sebelum ini, arwah, 16, pernah bercakap dengan keluarga bahawa dia tidak akan lama di rumah kerana selepas ini tiada tetapi kami mengganggap ia hanya biasa-biasa sebab dia memang hendak masuk asrama, tidak tahu pula dia betul-betul hendak pergi,” katanya.

Menceritakan perwatakan adiknya, Nurul Ain berkata arwah meminati aktiviti berbasikal sejak berada di Tingkatan Satu dan seringkali bermain di kawasan Taman Damai Jaya, di sini.

Dia juga merupakan seorang peramah dan tidak suka bersendirian.

Jenazah Muhammad Firdauz Danish dijangka dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Jalan Kebun Teh di sini selepas waktu Asar.

Keluarga Haizad Kasrin, seorang lagi daripada lapan remaja lelaki berbasikal yang maut di rempuh sebuah kereta, telah beberapa kali melarang remaja itu daripada terlibat dengan aktiviti berkenaan.

Kakak mangsa, Aspalilah Kasrin, berkata ibu mereka, Jamilah Sulaiman, 54, tidak sukakan adiknya itu bermain berbasikal di bandar raya kerana terlalu bahaya.

“Haizad juga sering keluar malam semata-mata kerana berbasikal, sebab itu emak tidak suka tetapi dia tetap hendak pergi juga,” katanya kepada pemberita di perkarangan bilik mayat Hospital Sultanah Aminah (HSA), di sini hari ini.

Aspalilah berkata, Haizad, 16, adalah anak kelapan daripada sembilan adik beradik mula berjinak-jinak dengan aktiviti berbasikal sejak tahun lepas selepas melihat penglibatan rakan-rakan sekolahnya.

Arwah juga disifatkan anak yang sangat rapat dengan ibunya sejak ayah mereka, Kasrin Sukemi meninggal dunia akibat sakit tua pada Julai 2015.

“Semalam, saya baru cakap dengan emak, hendak balik ke rumah keluarga di Plentong (Pasir Gudang) kerana mahukan dia (mangsa) memperbaiki motosikal anak saya tetapi belum apa-apa, sudah jadi begini,” katanya.

Jenazah Haizad akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Sungai Tengkorak, Plentong, selepas waktu Asar.

Kredit - EBerita

________________________________________________________
Untuk dapatkan makluman berita terkini, viral dan informasi berguna dari blog ini melalui Facebook, sila LIKE page kami:

Post a Comment

Previous Post Next Post