Header Ads

“Sangat tak masuk akal!” Basikal rosak teruk disita DBKL, pemilik lapor polis dan tuntut ganti rugi

loading...

Malang buat seorang pemilik basikal apabila pengangkutan yang selalu dinaikinya itu telah disita oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) ketika diletakkan di perhentian bas Wisma Sentral.

“Sangat tak masuk akal!” Basikal rosak teruk disita DBKL, pemilik lapor polis dan tuntut ganti rugi
“Sangat tak masuk akal!” Basikal rosak teruk disita DBKL, pemilik lapor polis dan tuntut ganti rugi

“Sangat tak masuk akal!” Basikal rosak teruk disita DBKL, pemilik lapor polis dan tuntut ganti rugi

ARTIKEL MENARIK:
1. Suami isteri ditangkap khalwat saman Jabatan Agama Wilayah Persekutuan

2. "Dia Ajak Saya Berkelah Di Air Terjun Berduaan, Saya Ingat Semuanya Okay Sehingga Dia Suruh Saya Tanggal Seluar Dan Baju Sambil Merakamkan Aksi Itu Sehigga Dia Terus . ."

3. Suami Tercicir RM150 Untuk Bayar Bil, Seminggu Lepas Itu Mereka Dapat Sampul Surat Berisi

4. Nasi Lauk Sayur Kat Kantin Sekolah Rendah Harga RM2, Naluri Ibu Buat Saya Menangis Lihat Murid-Murid Ini Makan Dalam Keadaan Lapar

5. PADAH!!! Iklan Maggi ‘Anak Dara Pemalas’ Dikritik Teruk Oleh Netizen


loading...

Pemilik basikal tersebut, Khirunnizam Mohd Lani mendakwa kejadian tersebut berlaku 13 Februari lalu dan menyedari kerosakan pada basikalnya itu pada keesokan harinya.

“Basikal milik saya telah ditunda oleh pihak DBKL ke Depoh Simpanan Miharja dan keesokan harinya (14 Februari) saya telah ke tempat tersebut untuk mengambil basikal tersebut.


“Tiba di tempat tersebut, saya melihat basikal saya telah mengalami kerosakan yang teruk seperti kemek, bengkok, calar dan ada juga yang diconteng menggunakan marker. Anggaran kerosakan adalah RM3500,” katanya ketika dihubungi Sinar Online.

Di samping itu, beliau juga turut dikenakan caj kompaun sebanyak RM300 untuk caj penundaan, caj simpanan dan kompaun kesalahan.

Tambah Khirunnizam lagi, beliau dimaklumkan bahawa basikal tersebut disita atas sebab menggangu lalu lintas.

“Selama setahun basikal tersebut sering dikunci di kawasan itu dan sangat tidak masuk akal kerana tiada fasiliti yang diwujudkan untuk para penunggang basikal persendirian di sini.

“Selain itu, penunggang basikal terpaksa menerima tindakan sebegini dari pihak DBKL dan basikal ini juga merupakan punca pendapatan utama untuk saya,” katanya lagi.

Cubaan bertemu dengan pihak DBKL mengenai perkara tersebut juga turut menemui jalan buntu apabila hanya diberikan jawapan yang sama.

Pihak beliau kini telah membuat satu laporan polis untuk menuntut ganti rugi berhubung perkara berikut.

Sementara itu, Pegawai Perhubungan Awam DBKL, Hassan Azhari Abu Bakar setakat ini tidak memberikan komen terhadap perkara ini dan menasihati supaya mengambil tindakan undang-undang jika timbul isu tidak puas hati.

“Jika sudah membuat laporan polis, kita serahkan pada pihak tersebut untuk membuat siasatan,” katanya.

Sumber: Sinar

________________________________________________________
Untuk dapatkan makluman berita terkini, viral dan informasi berguna dari blog ini melalui Facebook, sila LIKE page kami:
Loading...

No comments

Powered by Blogger.