Header Ads

Pelajar UITM Tidak Pulang2 Lepas Masuk Ladang. Hasil Carian Pekerja Amat MENGEJUTKAN !!!

loading...

Kota Tinggi: Penuntut Universiti Teknologi Mara (UiTM) Jasin, Melaka, yang sedang menjalani latihan praktikal di Ladang Teluk Sengat di sini, ditemui mati dalam kawasan ladang itu dengan satu kesan tikaman di bahagian belakang badannya, petang semalam.


Mayat Muhammad Azim Nazri Samsuddin, 21, ditemui kira-kira jam 6 petang oleh beberapa pekerja ladang yang mencarinya selepas mangsa tidak pulang daripada meronda di kebun kelapa sawit itu sejak jam 11 pagi.

ARTIKEL MENARIK:
1. Sayu!! 10 gambar: Budak tiga tahun maut melambung, ibu bapa parah

2. Sayu!! Kanak-Kanak Maut Badan Putus Dua Di Gilis Lori, Tak Sempat Tunai Janji Belajar Mengaji Bersama Rakan

3. Nasib Terkini Wanita Langgar Remaja Berbasikal Selepas Disoal Siasat

4. Pengasuh Taska Kantoi Dera & Paksa Budak Makan Najis Sendiri

5. VIDEO LIVE : Remaja Wanita Gantung Diri Akibat Tertekan Jadi Hamba Seks Bapa Tiri


loading...

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Rahmat Othman berkata, mangsa dikatakan meminjam motosikal seorang pekerja ladang untuk meronda di kawasan itu sebelum seorang rakan sekerjanya yang masuk bekerja jam 3 petang mendapati mangsa tiada sebelum bersama beberapa lagi pekerja ladang mencarinya.

Mangsa kemudian ditemui mereka dalam keadaan terbaring dengan kesan berlumuran darah dan sudah tidak bernyawa. “Dia ditemui masih berpakaian baju T berkolar berwarna biru dan terdapat nama Nazri bersulam serta berseluar jeans biru dan berkasut getah warna hitam, namun tiada sebarang dokumen ditemui pada mayat itu,” katanya.

Rahmat berkata, pemeriksaan lanjut mendapati, terdapat satu kesan tikaman di bahagian belakang badan sebelah kiri paras dada mangsa. Katanya, sebilah pisau berukuran 36 sentimeter juga ditemui pada jarak 23.16 meter dari mangsa serta sebuah motosikal yang digunakan mangsa berada di tempat kejadian.

Menurutnya, mangsa yang menuntut dalam pengkhususan bidang Perladangan di UiTM Jasin, Melaka itu sedang menjalani latihan praktikal di ladang berkenaan selama tiga bulan dan akan tamat latihan praktikal pada 6 Mac ini. “Punca dan motif kejadian masih belum diketahui dan siasatan menyeluruh sedang dijalankan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. “Proses bedah siasat dijalankan di Hospital Sultan Ismail (HSI) Johor Bahru,” katanya

Sumber: http://ift.tt/2m32f9j

________________________________________________________
Untuk dapatkan makluman berita terkini, viral dan informasi berguna dari blog ini melalui Facebook, sila LIKE page kami:
loading...

No comments

Powered by Blogger.