Nahas Basikal: ‘Bila Kawan Dah Ajak, Nasihat Pun Tak Guna’ – Abang Mangsa

Nahas Basikal: ‘Bila Kawan Dah Ajak, Nasihat Pun Tak Guna’ – Abang Mangsa

Johor Bahru – Remaja yang maut ketika berbasikal, awal pagi ini, Allahyarham Mohd Azhar Amir, anak yang pendiam dan rajin membantu abangnya berniaga.


Shabariah Yusof, 49, berkata sering keluar bersama rakannya selepas selesai menolong abangnya berniaga puding di Kampung Senibong, kira-kira 11 malam.

ARTIKEL MENARIK:
1. Berita Susulan Kemalangan Ngeri Rempuh Geng Basikal.. 'Saya nampak satu kereta itu memecut laju & pemandunya sedang bermain telefon'- Mangsa

2. Nahas Basikal: TERKINI! Semua Mangsa Terkorban Dikenalpasti

3. Kemalangan Kumpulan Remaja Basikal..Polis Dedah Pengalaman Berhadapan Remaja² Tersebut !!!

4. TERKINI!! Berita Baru Terima! Bayaran BR1M ke akaun ditukar ke 22 Februari, manakala baucar bermula hari ini

5. [VIDEO & GAMBAR] Padah Biar Anak Berbasikal Tengah Malam Tujuh Kanak Kanak Maut Dilanggar Kereta


loading...

“Lepas berniaga, baru dia keluar dengan kawan-kawannya berbasikal, pergi ke mana saya tak pasti…dia memang balik dalam kira-kira 3 pagi,” katanya ketika ditemui di pekarangan rumah mayat Hospital Sultanah Aminah (HSA), di sini, hari ini.

“Saya hanya mengetahui kejadian ini lepas kawan-kawan dia yang berbasikal balik ke rumah dan memaklumkan bahawa anak saya kemalangan,” katanya.

Dalam kemalangan 3.30 pagi itu, lapan remaja maut, lapan cedera, termasuk dua kritikal selepas dirempuh kereta dipandu wanita berusia 22 tahun di Jalan Lingkaran Dalam.

Mohd Azhar, 16, adalah anak kelapan daripada 10 orang adik-beradik dan masih menunut di Sekolah Menengah Kebangsaan Permas Jaya 3.

Sementara itu, abang mangsa, Khainurizam, 33, berkata dia sering menasihati adiknya agar tidak terbabit dalam aktiviti berbasikal.

“Saya dah banyak kali larang dia tapi itulah budak-budak ini bila kawan-kawan dia dah ajak memang degil, kadangkala keluar rumah senyap-senyap.

“Oleh itu, bila ada apa-apa berlaku kita tahu pun dari orang lain,” katanya.

________________________________________________________
Untuk dapatkan makluman berita terkini, viral dan informasi berguna dari blog ini melalui Facebook, sila LIKE page kami:

Post a Comment

Previous Post Next Post