Breaking News

Gambar Pakcik Ini VIRAL. Inilah Cerita SEBENAR Yang Buat Ramai SEBAK !!!

loading...

Ramai kita dengar katanya lelaki semua sama, bila isteri meninggal mulalah nak cari lain, betul ke kata-kata itu satu hakikat atau sekadar tuduhan rambang?

Gambar Pakcik Ini VIRAL. Inilah Cerita SEBENAR Yang Buat Ramai SEBAK !!!
Gambar Pakcik Ini VIRAL. Inilah Cerita SEBENAR Yang Buat Ramai SEBAK !!!

Tidak semua lelaki begitu, ada yang setia sehingga pergi selama-lamanya berseorangan, perasaan rindu dan menyayangi arwah isteri sentiasa menebal dan kuat.

ARTIKEL MENARIK:
1. Dah seminggu wanita berstatus Bini orang tinggalkan suami dan tidur "bersama" duda

2. Allah aku x tahu aku isteri ke 2 selepas kematian suami hadir 2 lelaki bersama wanita tua buta berkerusi roda

3. Video : bergaduh dengan mak mertua, Menantu humban anak sendiri di tangga

4. Mati Tragis Seorang Janda Selepas Berzina

5. Anjing Ini Patah Kaki. Selepas Dirawat Doktor TERKEJUT Apabila Anjing Ini Berlari Ke Satu Tempat !!!


loading...

Sebuah kisah yang telah dikongsikan oleh seorang jurugambar bernama Mohd Hafizan Ilias cukup menyentuh hati netizen di mana seorang lelaki telah mengeluarkan gambar arwah isterinya semasa bergambar di majlis perkahwinan anaknya.

Harini saya berpeluang merasai suatu perkara, perasaan yg sangat berbeza, pakcik ni sangat hebat.. Saya halakan kamera untuk ambil gambar, “nanti kejap”, katanya.

Dia keluarkan sesuatu dari pouch bag nya, berbungkus kemas didalam plastik, dikeluarkannya satu gambar. Ye, apa yang selalu saya tengok dalam drama tv, filem2, terhidang depan mata.

Gambar arwah isterinya yang telah pergi di semat kemas didadanya. Rasa macam kecil aje diri ni bila dibandingkan dengan pakcik ni.. Kasih, sayang cinta sampai syurga.. Rasa sebak, rasa tergenang mata, tapi tahan je lah.. (“,)

**Perihal gambar :: Pakcik Omar memegang gambar isterinya dihari bahagia anaknya Hanim.



Diceritakan oleh anaknya, awal-awal pagi lagi sebelum majlis beliau telah keluar balik ke Ipoh (kediamannya) dan pulang semula ke Parit, hanya untuk mengambil ‘sampul’ itu, Ye, beliau membawa kemana sahaja ‘sampul’ itu, mungkin tempat untuk letak ‘ang pau’ orang bersalam agaknya.

Semalam sebak rasanya bila melihat gambar dikeluarkan dari pouch bag nya. Hari ini, perasaan itu datang lagi, berkaca jugalah mata bilamana melihat isi ‘sampul’ yang dikeluarkannya adalah gambar arwah isterinya (Large scale) yang ‘lebih terang’, katanya. Mungkin risau gambar isterinya tak cukup jelas, maka diambilnya gambar yang lebih besar. Rasa bersalah pula saya tak tunjuk gambar dari kamera padanya.



“Nanti-nanti, tak cukup korum lagi ni..” sambil mengeluarkan potret itu dari sampul yang dipegangnya sambil ahli keluarga yang lain mengambil tempat. Barulah saya menekan shutter kamera, sambil tersenyum dan hati berbunga. Saya tau, mungkin ini kali pertama dan terakhir dalam hidup saya, bertemu orang sepertinya. Living legend, yang hanya dapat kita lihat di kaca tv, yang selalu kita baca didalam novel cinta.

Diceritakan juga setiap hari beliau ke pusara, membawa bunga untuk cinta hatinya, yang telah pergi hampir 4 tahun. Allahu, besarnya cinta pakcik Omar kepada arwah isterinya.

Moga beliau menjadi inspirasi agar kita jadi sepertinya, “bercerai kasih talak tiada”.

Al-Fatihah untuk isteri beliau..

Hari ketiga

Hari ini saya mengikuti keluarga ini untuk memotretkan momen majlis bertandang Nurul Hanim Omar dan Helmi di Batu Kurau, Perak.

Saya merasakan momen ini amat indah dan ingin berkongsi agar ada diluar sana yang tau, tentang wujudnya cinta, kasih dan ikatan kekeluargaan yang boleh kita jadikan teladan agar menjadi lebih baik dari semalam, in shaa Allah.

Maafkan saya jika ada gambar yang tidak sempurna dari segi teknikal, sesungguhnya tidak ada plot khas bagi kisah ini, tidak ada skrip lakon layar untuk momen ini.

Ye, beliau tidak pernah meninggalkan isterinya dimana-mana, beliau sentiasa membawanya kemana saja. Majlis bertandang, ramai tetamu yang asing baginya, namun, gambar itu tetap disisip didadanya tanpa rasa malu dan segan, Allah, dia ikhlas, saya tau dia ikhlas dengan cintanya.

Hampir usai majlis, di pegang tangan menantunya, agak lama juga beliau berbicara, saya tidak tahu apa bait-bait katanya, namun dapat saya dan kita semua agak apa maksudnya dengan riak wajah anaknya yang menahan sebak.

“Kamu kongsi gambar pakcik ye?”, huhu ye pakcik, “Takpelah jika boleh memberi inspirasi”,katanya. “Kamu ada kertas?” Saya terus ke kereta nak cari kertas, belum sempat sampai anaknya memberikan kertas kecil kepada pakcik Omar.

“Untuk kamu”, sambil dia mengeluarkan pen dan menulis sesuatu pada kertas itu. Huhu nebes la pulak. “Semalam kamu tanya pada pakcik apa yang tertulis dibelakang gambar isteri pakcik kan?”, sambil tersenyum. “Jangan buka sekarang, malulah pakcik”.



Saya kongsikan gambar sekitar majlis dan sedikit gambar kandid ketika majlis ini, yang saya rasakan mampu bercerita untuk situasi ini.

Maafkan saya jika ada kesilapan dan kekhilafan disepanjang majlis berlangsung, pesanan dan kata-kata pakcik akan saya ingat selalu dan takkan saya lupa.

Nota kecil itu saya buka ketika singgah di RnR, saya termenung, sehingga terlupa masa berlalu. Sehingga lewat tiba di rumah.

Terima kasih ya Allah atas pengalaman ini..



‘Bercerai Kasih Talak Tiada – Kau Pergi Sebelum Aku Bersedia Melepaskannya’

Al-Fatihah untuk arwah isteri beliau.

UPDATE

Ipoh: Demi kasih terhadap arwah isteri, seorang pesara secara spontan mengeluarkan gambar insan tersayang untuk merakam kenangan bersama anak bongsunya yang diijab kabul pada Jumaat lalu.

Omar Hashim, 67, berkata, gambar kenangan perkahwinan anaknya Nurul Hanim itu tular di media sosial selepas dimuat naik oleh jurugambar majlis perkahwinan menerusi laman Facebook.

“Ia secara spontan kerana saya sering teringat dan rindukan arwah isteri Ramlah Yusof serta selalu membawa gambarnya ke mana saja saya pergi.

“Saya sebak dia tak dapat bersama menyaksikan majlis bersejarah anak bongsu kami, sebab itu saya keluarkan gambarnya (isteri) untuk merakamkan gambar kenangan kami tiga beranak sejurus selepas anak dinikahkan,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Menurutnya, dia tidak sangka ‘gelagatnya’ menjadi perhatian ramai berikutan rasa cinta terhadap arwah isteri yang berkongsi hidup selama 36 tahun sebelum meninggal dunia pada Mac 2012 akibat kanser.

“Ketika majlis persandingan di rumah menantu pula, saya bawa potret isteri yang lebih besar untuk bergambar kenangan bersama anak dan menantu.

“Bercerai kasih talak tiada, kau pergi sebelum aku bersedia melepaskannya, itu apa yang saya rasa dan memang tiada niat lain, cuma ingin menjadikan saat itu sebagai kenangan kerana arwah sentiasa di hati saya dan bukan saja gambarnya saya tatap setiap hari, tetapi boleh katakan setiap hari juga saya menziarahi kubur arwah,” katanya.

Dia juga berharap lima anaknya termasuk yang bongsu menjalani hidup berkeluarga dengan aman damai hingga ke akhir hayat dan jika kisah ini dapat menjadi inspirasi kepada semua pasangan suami isteri, dia bersyukur.

Omar berkata, antara kenangan manis bersama isterinya adalah menunaikan ibadah haji bersama pada 2005 dan antara pesanan arwah adalah menjaga anak mereka dengan baik.

Sementara itu, jurugambar Mohd Hafizan Ilias yang memuat naik beberapa gambar berkenaan berkata, dia terasa perlu berkongsi dengan orang ramai kisah cinta sejati warga emas itu.

“Sepanjang empat tahun saya menjadi jurugambar perkahwinan saat atau peristiwa itu yang menyentuh perasaan saya.

“Biasa kita lihat ibu bapa menangis sedih ketika melihat anak mereka sudah menjadi isteri atau suami, tapi kali ini saya rasai pengalaman dan perasaan sebak berbeza apabila seorang bapa merakamkan gambar kenangan perkahwinan anaknya bersama potret arwah isterinya.

Pada malam Jumaat lalu, Mohd Hafizan memuat naik gambar bersama kisah ringkas Omar bersama potret isterinya dengan anak bongsunya Nurul Hanim yang baru saja selesai bernikah ketika itu.

Gambar itu kemudian dikongsikan lebih 20,000 pengguna Facebook sejak Sabtu lalu.

________________________________________________________
Untuk dapatkan makluman berita terkini, viral dan informasi berguna dari blog ini melalui Facebook, sila LIKE page kami:
loading...
loading...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments