Header Ads

Dua Lelaki Sesat Di Tangga Kecemasan Sebuah Mall. Apa Yang Mereka Temui MENYERAMKAN !!!

loading...

Lepas aku baca kisah Sesat Di Midvalley, terus kepala otak aku mengimbau apa yang berlaku dekat aku dengan member aku masa aku belajar dekat U dulu.

Dua Lelaki Sesat Di Tangga Kecemasan Sebuah Mall. Apa Yang Mereka Temui MENYERAMKAN !!!
Dua Lelaki Sesat Di Tangga Kecemasan Sebuah Mall. Apa Yang Mereka Temui MENYERAMKAN !!!

Kenapa la dalam banyak-banyak kisah misteri, kisah dekat mall ni aku boleh lupa. Terima kasih writter Sesat Di Midvalley sebab dah menjentik kembali memori seram dekat mall yang pernah aku alami kira-kira lima tahun dulu.

ARTIKEL MENARIK:
1. [VIDEO] Rakaman CCTV Menyeramkan. Wanita Dipercayai Diseret HANTU Di Dalam Rumah !!!

2. [VIDEO] Akhirnya Terjawab! Inilah Fakta Tersembunyi Dibalik Penemuan 4 Mayat Berulat Di Bachok Kelantan Yang Tidak Didedahkan Kepada Ramai

3. "Dia Main Sampai Terkoyak Faraj Saya & Dia Suruh Saya Hisap K*N*K Anak Lelaki Saya Sendiri, Saya Buat Semua Tu Kerana ..."

4. TERKINI ! SAH ! 174 Bolos Dari Penjara T*********** Lepas Bunuh Pengawal Mereka ! Mohon Penduduk Sekeliling Berhati-Hati !

5. Ishh Memalukan!..Guru wanita BERTUDUNG hadapi hukuman penjara 17 tahun PAKSA pelajar buat hubungan k3lamin dalam KERETA


loading...

Sebelum aku mulakan cerita, izinkan aku perkenalkan satu watak baru dalam cerita aku. Aku gelarkan dia Si Carut. Dari namanya tu, korang boleh faham la. Pencarutan yang ketara akan ada dalam cerita ni. Pembaca di bawah 18 tahun dinasihatkan agar tidak membacanya atau dapatkan nasihat doktor sekiranya perlu. Kah kah kah.

Ok, jom mula.

Cerita yang ni pendek je. Petang jumaat tu aku ngan member aku ni ada test. Test subjek apa entah. Tak ingat dah. Lepas habis test, terus aku pakat nak pergi tengok wayang. Aku ajak ramai, tapi semua ada hal. Cuma Rahman seorang je yang tak busy. Itupun malam baru dia boleh free kan diri dia. Bajet-bajet nak self reward lepas test la kononnya, nak jugak tengok wayang. Jadi, kitorang pun buat keputusan nak pergi tengok midnight movie dekat sebuah mall ni.

Sumpah aku lupa mall mana. Aku cuba nak ingat tapi still tak nampak bayang mall mana. Nampak sangat aku kaki merayap masa belajar dulu. hahahaha Habis je movie tu, kitorang decide nak lepak mamak. Siap rojer lagi member-member lain yang tak tidur lagi. Kot-kot ada yang nak pekena roti canai teh tarik malam-malam buta tu kan.

Mall ni pelik sikit. Dia tak ada escelator. Ada lif dan tangga je. Saiz mall ni pun tak besar. Aku datang tengok wayang kat sini pun sebab nak tiket seat atas. Kalau aku pergi mall lain konfem dapat seat patah tengkuk. Kisahnya bermula bila si Rahman ni ajak aku turun ke parking guna tangga. Sebab ramai orang tunggu depan lif masa tu. Semua baru lepas habis tengok wayang. Lif ada dua je. Aku pun memang jenis tak suka menunggu lif lama-lama.

Kitorang guna la tangga kecemasan yang ada gambar orang turun tangga warna hijau tu. Baru lepas habis tengok cerita komedi masa tu. Kepala otak memang tak pikir langsung pasal benda-benda mistik ni. Siap buat discussion lagi pasal movie tadi sambil gelak-gelak.

Bila dah turun dalam empat level macam tu, barulah aku duk tanya Rahman, “kereta kita kat level berapa?”.

Rahman cakap dekat level G. Aku pandang pintu, aku pandang dinding. Tak ada langsung tanda kitorang dekat level berapa. Fail betul la siapa yang buat mall ni! Nak tak nak, kena la bukak pintu kecemasan tu, tengok dekat luar dah ada dekat level berapa. Bila kitorang keluar, nampak la kedai-kedai dalam mall tu, tapi koridor luar kedai-kedai tu gelap je. Cahaya pun malap.

Aku dan Rahman pun berjalan la tinjau-tinjau cari papan tanda nak tau aras berapa. Mall ni level G dia bukan level paling bawah. Ada lagi yang lebih bawah. Tapi, main entrance dia level G lah. Aku jenguk la ke bawah dari koridor tu. Nak kira berapa tingkat lagi nak ke bawah. Tapi, aku baru je julur kepala nak tengok, terus mata aku tangkap tiga bentuk tubuh orang tengah berdiri pakai baju putih kat level bawah. Berderau darah aku! Muka benda tu tak senyum langsung. Semua tepat pandang ke aku. Meremang terus bulu roma aku.

“Rahman, kau tengok apa aku nampak!” aku bagitahu Rahman sambil tunjuk-tunjuk dekat kelibat tubuh kaku tu.

“Woi, babi! Terperanjat la sial. Musibat punya patung!”, mamat ni memang kalau bab mencarut, award pencarut paling hebat dalam dunia ni, bagi lah kat dia.

Aku gelak terkekeh-kekeh. Dia pun terperanjat jugak rupanya bila nampak patung tiga orang kat dalam satu butik dinding kaca kat tingkat bawah tu. Happy kenakan si carut ni sampaikan keadaan dalam mall yang malap tu pun tak berjaya takutkan aku. Kepala otak aku masih lagi ligat memikirkan roti tisu yang rangup dekat kedai mamak nanti. Pikir pasal makan je kerja aku ni, sebab tu tak takut sangat masa ni.

Jalan punya jalan, nampak lah papan tanda tulis Level 2. Rahman pun ajak la turun guna tangga lagi sekali. Kali ni, tangga kecemasan belah lain pulak. Masa tengah menapak turun, barulah otak aku ligat berfikir. Wayang dekat tingkat 4. Kitorang dah turun 4 level. Sepatutnya dah dekat level G. Kenapa baru kat level 2? Aku baru nak persoalkan hal tu tiba-tiba lampu dekat tangga tu terpadam. Terus kelam gelap gelita tak nampak apa.

“Kepala b***h pak hang! Lampu ni terpadam, awatnya?”. Sekali lagi dia ‘berzikir’. Kali ni keluar terus bahasa ibunda dia. Hilang terus slang KL dia.

Rasa takut aku terus datang, spontan aku tarik tangan mamat tu. “Dah hang tarik tangan aku pasai apa?”, dia terus rentap tangan dia mintak aku lepaskan. Aku lepaskan. Lepas tu aku terus capai phone dalam poket. Aku bukak aplikasi torchlight. Terus terang kawasan tangga tu. Terang memang lah terang tapi bulu roma aku terus mencanak tegak. Rahman tak ada pun depan aku. Tak lama lepas tu, aku nampak cahaya dari tingkat bawah.

“Woi musibat! Hang mana?”, aku dengar Rahman panggil aku.

Sumpah otak waras aku tak dapat nak rungkaikan apa yang berlaku. Baru tadi aku tarik tangan mamat ni, ada depan aku walaupun tak nampak dalam gelap. Lepas dapat cahaya, tiba-tiba Rahman ada kat tingkat bawah. Apa semua ni? Aku berlari turun pergi dekat Rahman. Aku nampak muka dia dah tunjuk riak takut. Dia terus ajak aku keluar dari area tangga tu. Pintu yang ada depan dia masa tu, dia buka. Aku follow belakang. Baru dua tiga tapak kitorang masuk semula ke bahagian dalam mall tu, langkah kitorang terhenti.

Depan kitorang bukan lagi kedai-kedai dalam mall yang cantik-cantik tu. Tapi macam dalam mall yang tak siap lagi. Dinding buruk. Lantai bergerutu tak bermozek lagi. Siling penuh wayar-wayar berselirat.
Perasaan aku masa tu, kenapa lah aku ada kat sini? Kenapa bukan kat rumah tido ke, ataupun dekat mamak tengah pekena nan cheese. Kitorang macam dilema. Nak masuk ke area tangga kecemasan tu semula ke, atau nak lalu je kawasan mall tak siap tu.

Kitorang waras lagi. Lebih selamat, kitorang guna tangga tu semula. Turun lagi satu level. Masa tengah menapak turun tangga tu, tiba-tiba kitorang dengar bunyi orang ramai-ramai menyanyi koir kat tingkat atas. Bergema sampai ke bawah. Bunyi penyanyi koir lelaki ramai-ramai sebut “aa aa aa aa aa” suara suprano garau bergema sampai bawah ni.

Kitorang apa lagi. Terus berlari turun. Bukak pintu dan jumpa kedai-kedai dalam mall tu semula. Suasana masih sama. Malap. Lampu koridor tak banyak yang dipasang. Bila jumpa papan tanda, kitorang memang pelik dah. Baru dekat level 1. Maknanya ada 1 level je lagi nak sampai ke G. Kali ni, kitorang dah nekad, nak guna lif je. Berjalan la cari lif. Masa on the way nak pergi ke lif tu, kitorang lalu la depan kedai butik baju pengantin yang ada tiga patung tadi.

“Babi! Patung ni lagi!”, aku dengar Rahman mencarut lagi. Dia ada dekat depan aku masa tu. Mula-mula aku macam nak tergelak, tapi aku batalkan niat aku tu. Bulu roma aku meremang lagi. Aku rasa kalau aku ada sakit jantung, dah lama KO ni. Aku terus jalan pantas kejar Rahman yang laju betul melangkah ke depan. Nampak betul dia dah mula rasa tak sedap duduk dalam mall tu lama-lama.

Bila kitorang sampai dekat lif, baru je nak tekan butang, lif terbukak dan ada dua orang guard Bangla dekat dalam. Tuhan je yang tahu betapa aku dan Rahman lega gila masa tu. Guard tu tanya, apa kitorang buat kat level tu? Kitorang cakap la kitorang sesat lepas guna tangga kecemasan nak turun. Guard tu marah kitorang. Diorang kata, next time, guna lif sahaja! Jangan guna itu tangga! Kitorang iya kan je.

Berjaya jugak la kitorang sampai ke level G. Kitorang pergi dekat kereta. Kitorang park kereta betul-betul sebelah pondok pak guard. Rahman punya style. Kalau tengok midnight movie, dia suka park siap-siap sebelah pondok pak guard. Bajet selamat la kereta ada orang jaga. Baru je sampai dekat kereta, ada Pakcik Guard melayu kat dalam. Dia bagi salam. Dia seorang. Bosan agaknya. Tu dia tegur kitorang tu kot. Rahman pulak jenis ramah. Boleh pulak dia borak kejap dengan pakcik tu. Perut aku dah pedih meronta minta roti telur ni.

Pakcik tu tanya, kitorang tengok cerita apa? Rahman la yang banyak jawab. Aku malas nak layan sangat. Aku bizi mesej member-member siapa nak join lepak mamak. Sampailah aku dengar pakcik tu cakap,

“Nasib baiklah korang kena sekejap je. Ada kes budak perempuan tiga orang minggu lepas. Sampai ke subuh tak keluar-keluar. Mall ni keras sikit. Sebab tu tak ramai yang nak tengok wayang tengah malam dekat sini. Tadi pun pakcik baru nampak kamu berdua dekat CCTV. Baru je pakcik nak bangun pergi dekat korang, korang dah keluar”.

Lepas tu Rahman mencelah,

“Tu lah pakcik. Nasib baik ada pak guard bangla dua orang tadi”.

Muka pakcik tu macam pelik. Lepas tu dia sengih. Nak tau tak dia cakap apa, dia cakap pak guard kat sini semuanya melayu. Dan yang bertugas malam tu cuma dia berdua je. Seorang lagi tengah pergi buat rondaan. Melayu ye, bukan bangla.

“Jadi, siapa pak guard bangla dua orang tu?”, aku tanya Rahman masa dalam kereta on the way nak ke kedai mamak, nak pekena megi goreng telur mata.

“Tu satu hal. Satu hal lagi, kau sedar tak patung tiga bijik yang aku terkejut tu? Masa kita lintas kedai tu, aku nampak patung tu dah pandang ke bawah. Bukan ke atas”. Rahman punya ayat terus buat aku meremang.

Itu dari sisi mata dia. Dari sisi pandangan aku pulak, aku nampak ada empat patung. Empat! Bukan tiga. Dari mana datangnya patung keempat tu? Entah la. Yang pasti, bila aku dah nampak ada empat tu, aku terus kejar Rahman tak pandang belakang langsung dah.

Malas aku nak fikir lebih-lebih. Yang penting aku dengan Rahman berjaya keluar dah ni. Memang tu la last aku pergi mall tu. Walaupun karaoke kat situ murah, aku cekalkan hati tak nak jejakkan kaki kat situ dah. Daripada aku fikir pasal misteri kejadian tadi, baik aku fokus pasal roti bom yang gebu bakal aku ngap sekejap lagi.

Ok. Ni lagi satu misteri. Aku nak makan apa sebenarnya kat mamak nanti?

________________________________________________________
Untuk dapatkan makluman berita terkini, viral dan informasi berguna dari blog ini melalui Facebook, sila LIKE page kami:
Loading...

No comments

Powered by Blogger.