Breaking News

Berita Susulan Kemalangan Ngeri Rempuh Geng Basikal.. 'Saya nampak satu kereta itu memecut laju & pemandunya sedang bermain telefon'- Mangsa

loading...

Berita susulan kemalangan ngeri rempuh geng basikal..'Saya nampak satu kereta itu memecut laju & pemandunya sedang bermain telefon'- Mangsa

Berita susulan kemalangan ngeri rempuh geng basikal..'Saya nampak satu kereta itu memecut laju & pemandunya sedang bermain telefon'- Mangsa

Berita susulan kemalangan ngeri rempuh geng basikal..'Saya nampak satu kereta itu memecut laju & pemandunya sedang bermain telefon'- Mangsa


JOHOR BAHRU - "Kereta itu datang dalam keadaan laju lalu merempuh kami," kata Muhammad Zulfadli Yusri, 19, antara mangsa yang cedera dalam insiden rempuhan kenderaan yang mengorbankan lapan remaja di Jalan Lingkaran Dalam berhampiran Tanah Perkuburan Islam Mahmoodiah, di sini, awal pagi tadi.

ARTIKEL MENARIK:
1. Nahas Basikal: TERKINI! Semua Mangsa Terkorban Dikenalpasti

2. Kemalangan Kumpulan Remaja Basikal..Polis Dedah Pengalaman Berhadapan Remaja² Tersebut !!!

3. TERKINI!! Berita Baru Terima! Bayaran BR1M ke akaun ditukar ke 22 Februari, manakala baucar bermula hari ini

4. [VIDEO & GAMBAR] Padah Biar Anak Berbasikal Tengah Malam Tujuh Kanak Kanak Maut Dilanggar Kereta

5. DAH TERBUKTI DAH PUN!!! JANGAN MAIN-MAIN TAU!!! Kes Remaja Dicabut Gigi Geraham Meninggal Dunia… Sayu, Sila Jadikan IKTIBAR...


loading...

Muhammad Zulfadli yang bekerja sebagai tukang cat dari Stulang Baru turut mendakwa pemandu kenderaan Nissan Almera iaitu seorang wanita memandu sambil menggunakan telefon.

"Saya datang dari rumah nampak sekumpulan basikal sedang berkumpul di tepi, jadi saya pun ikut sekali, tak lama kemudian bila saya pandang belakang saya lihat kereta sedang dipandu laju untuk ke tengah.

"Saya nampak dengan mata saya, pemandu itu sedang main telefon... dan sebat (langgar) semua," katanya yang ditemui di Wad Barat, Hospital Sultanah Aminah, di sini, hari ini.

Dia yang baru tiba di lokasi kejadian kira-kira 10 minit sebelum itu tidak sempat hendak mengelak.

Menurut Zulfadli, insiden itu berlaku dengan cepat dan apabila sedar dia nampak rakan basikal lain yang tidak dikenalinya bergelimpangan dan ada di antaranya meninggal dunia.

Akibat kejadian itu, Muhammad Zulfadli patah kaki kanan.

Sementara itu, mangsa yang turut terselamat Muhamad Farhan Che Mat, 16, dari Taman Desa Cemerlang sedang menunggu rakannya di lokasi kejadian untuk ke Dataran Bandaraya.

"Nampak kereta laju, tak sempat nak elak, terus rasa gelap.

"Saya sedar apabila ada orang tolong, ketika itu tidak rasa sakit, apabila dah sampai hospital baru rasa sakit," katanya.

Dia yang tidak bersekolah mula bermain basikal sejak umur 12 tahun mengalami patah kaki kanan.

Kredit - SinarHarian

________________________________________________________
Untuk dapatkan makluman berita terkini, viral dan informasi berguna dari blog ini melalui Facebook, sila LIKE page kami:
loading...
loading...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments