#TAHNIAH ~ Awie Wings Kini Bergelar Datuk

#TAHNIAH ~ Awie Wings Kini Bergelar Datuk

Penyanyi terkenal Awie menyifatkan penganugerahan Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) membawa gelaran Datuk yang diterimanya satu penghargaan besar sepanjang 31 tahun pembabitannya dalam bidang seni.

#TAHNIAH ~ Awie Wings Kini Bergelar Datuk
#TAHNIAH ~ Awie Wings Kini Bergelar Datuk

Awie atau Ahmad Azhar Othman, 48, berkata, ia juga hadiah bermakna perkahwinannya bersama Sharifah Ladyana Syed Shamsuddin pada 7 Oktober tahun lalu.

ARTIKEL MENARIK:
1. PANAS!! VIDEO KONTROVERSI DIPUKUL ANAK.. ZARINA ZAINUDDIN Dedah punca Sebenar Yang MENGEJUTKAN!!!

2. ISU PANJAT MERCU TANDA IPOH, Ini Kenyataan Mengejutkan DOKTOR MEDICAL MYTHBUSTERS Buat SHAARNAZ AHMAD!!!

3. Inilah Gambar Kontroversi Stacy Yang Dikecam Teruk Orang Ramai

4. ALLAHUAKBAR ! Rupanya Ini Permintaan TERAKHIR Allahyarham SM Salim Sebelum Meninggal Dunia ! Memang TAK SANGKA !

5. TERKINI : JAMAL MAKIN PANAS DAN .... Lepas Dengar Kata-Kata Panas ABBY ABADI DAN FAIZAL TAHIR


loading...

"Sepanjang 31 tahun saya bergelar anak seni banyak kenangan manis dan pahit untuk berada pada tahap sekarang.

"Alhamdulillah penganugerahan ini saya anggap sebagai penghargaan kepada anak seni selain rezeki dan hadiah selepas berkahwin," katanya kepada mStar Online ketika dihubungi di sini pada Jumaat.

Awie menerima penganugerahan itu sempena ulang tahun keputeraan Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah Sultan Abu Bakar yang ke-86 yang berlangsung di Istana Pahang, Kuala Lumpur dekat sini pada Jumaat.

Dalam pada itu, Awie berkata, bersempena kedatangan 2017 dia berharap penganugerahan tersebut dapat memberinya lebih semangat untuk terus bekerja keras pada masa hadapan.

"Saya masih orang yang sama seperti yang anda kenali dan penganugerahan ini tidak mengubah apa-apa.

"Bagaimanapun dengan kedatangan tahun baharu ini sudah tentu ia turut menaikkan semangat saya untuk terus memberikan yang terbaik buat semua peminat," ujarnya.

Sementara itu, Awie turut memberitahu beliau akan menerima satu lagi anugerah iaitu Tokoh NGO Islam daripada Tengku Mahkota Kelantan yang akan diadakan pada 14 Januari ini.[mStar]


________________________________________________________
Untuk dapatkan makluman berita terkini, viral dan informasi berguna dari blog ini melalui Facebook, sila LIKE page kami:

Post a Comment

Previous Post Next Post