Header Ads

SUBHANALLAH ! Mangsa Hilang Di Broga Dedah Cerita Sebenar Bagaimana Dia Boleh Sesat ! Patutlah Orang Cari Tak Jumpa !

loading...

Kajang: "Memang masih tak nampak walaupun dekat kawasan itu. Saya kemudian minta dia menggoyangkan ranting kayu atau daun supaya senang dilihat.

SUBHANALLAH ! Mangsa Hilang Di Broga Dedah Cerita Sebenar Bagaimana Dia Boleh Sesat ! Patutlah Orang Cari Tak Jumpa !
SUBHANALLAH ! Mangsa Hilang Di Broga Dedah Cerita Sebenar Bagaimana Dia Boleh Sesat ! Patutlah Orang Cari Tak Jumpa !

"Akhirnya tidak lama kemudian saya berjaya menjumpai Azarul," kata Muhammar Ridhallah Ariffin, 27.

ARTIKEL MENARIK:
1. Video : bergaduh dengan mak mertua, Menantu humban anak sendiri di tangga

2. CURIGA Kematian Anak Dalam PULAPOL. Ibu Minta POLIS Siasat Punca Sebenar Kematian Anaknya !!!

3. GILLER!!!Tahun Melawat Pahang dicemari dengan tindakan melampau 39 lelaki yang berbogel dalam aktiviti sukan

4. Sayu : Selamat tinggal sayang .. Ustazah ajal diparit suami keluarkan nya dari kereta yang tenggelam (10 Gambar)

5. MOHON SHARE ! Perogol Bersiri PALING KEJAM Di Dunia Akan Kembali Ke Malaysia Lepas 24 Tahun Dipenjarakan Di Kanada !



loading...


Ridhallah adalah pendaki dan individu pertama mememui Mohd Azarul Mukriz Abdul, 20, remaja yang hilang ketika mendaki Bukit Broga, kira-kira 6 petang, Ahad, 22 Januari lalu.

Katanya, Mohd Azarul ditemui kira-kira 700 meter dari puncak Gunung Tok Wan.

Mohd Azarul ditemui pada 11.15 pagi ini, selepas enam hari misi mencari dan menyelamat dilancarkan.

Ridhallah berkata, penemuan itu bermula apabila dia dan rakannya terdengar suara meminta tolong.

"Saya terdengar laungan itu ketika melalui laluan trek dan suara itu muncul pada sebelah kanan,” katanya.

Menurutnya, kehadirannya ke Bukit Broga bagaikan 'langkah kanan' kerana tujuan utama dia bersama tiga rakannya ke tempat itu bukan untuk menyertai misi pencarian itu.

“Kami tidak tahu pun ada mangsa yang sesat. Malah, penemuan secara kebetulan," katanya.

Mohd Azarul pula berkata: “Saya ingat baru tiga hari di sini (Bukit Broga). Puas saya pusing balik-balik jumpa tempat sama.”

Mohd Azarul berkata demikian kepada seorang daripada ahli kumpulan SAR, Khairul Nizam Omar, 28, di lokasi remaja itu ditemui.

Sementara itu, Ibu mangsa, Rohana Saad, 49, ketika dihubungi, berkata perasaannya ketika ini sukar untuk digambarkan.

“Di saat saya hampir berhenti berharap, Allah SWT makbulkan doa saya. Syukur Alhamdulillah, saya lega sangat-sangat,” katanya.

Rohana berkata, mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang terbabit dalam operasi mencari anaknya itu.

"Hanya Allah SWT mampu balas jasa budi semua. Biarpun tiada pertalian darah, anda semua sanggup bergadai nyawa mencari anak saya, terima kasih," katanya.

Dalam perkembangan lain, Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Othman Nanyan, berkata mangsa dalam keadaan lemah namun dilaporkan stabil.

"Mangsa dibawa ke Hospital Kajang utk pemeriksaan perubatan," katanya.





________________________________________________________
Untuk dapatkan makluman berita terkini, viral dan informasi berguna dari blog ini melalui Facebook, sila LIKE page kami:
Loading...

No comments

Powered by Blogger.