Header Ads

Masih Ingat Dengan Adik Yang Terpotong Kemaluan Ketika Sunat? Ini Berita Terbaru Beliau (2017) Yang Begitu Menyedihkan :'(

loading...

Pada 15 Disember lalu seorang bapa menyaksikan sendiri bagaimana kepala kemaluan anak lelakinya berusia sembilan tahun digunting sehingga putus dan terjatuh di atas kain ketika berkhatan di klinik swasta di Jalan Ipoh, Kuala Lumpur.

Masih Ingat Dengan Adik Yang Terpotong Kemaluan Ketika Sunat? Ini Berita Terbaru Beliau (2017) Yang Begitu Menyedihkan :'(
Masih Ingat Dengan Adik Yang Terpotong Kemaluan Ketika Sunat? Ini Berita Terbaru Beliau (2017) Yang Begitu Menyedihkan :'(

Lebih menyedihkan, usaha menyambung semula kemaluan kanak-kanak itu gagal kerana selepas seminggu disambung, ia bertukar menjadi hitam dan doktor tidak mempunyai pilihan kecuali memotongnya

ARTIKEL MENARIK:
1. Mak Abah Minta Hantaran Rm20k. Puncanya Buat Suami TERKEJUT Di Hari Nikah !!!

2. Ayah Saya Dah Meninggal Cikgu,Ibu Masuk Wad

3. ISU PANJAT MERCU TANDA IPOH, Ini Kenyataan Mengejutkan DOKTOR MEDICAL MYTHBUSTERS Buat SHAARNAZ AHMAD!!!

4.Jangan Terkejut.. KOLEKSI GAMBAR, BIODATA DAN KERETA MEWAH Kapten Azrin Anaz, Suami Coco Mix!! Ternyata Bukan Calang-Calang Orangnya!!!

5. (Video) Detik Menakjubkan Kanak-Kanak 2 Tahun Tolak Rak Untuk Selamatkan Kembarnya Terakam

loading...

Kuala Lumpur: Budak lelaki berusia 10 tahun kini menanggung derita apabila terpaksa membuang air kecil menggunakan tiub dan tiga kali dibedah selepas terpotong sebahagian kepala kemaluan ketika berkhatan pada November lalu.

Bapanya, Mohd Hadzmie Hussin, 35, dari Sungai Buloh berkata, anak sulungnya, Mirza Nabil Mohd Hadzmie, 10, berkhatan di surau berhampiran rumahnya dalam majlis berkhatan yang dianjurkan oleh kerajaan negeri Selangor pada 25 November lalu,

“Pada mulanya saya tidak curiga apa-apa apabila anak saya berkhatan selama sejam kerana menganggap ia perkara biasa.

“Bagaimanapun, selepas pulang ke rumah, darah dari kemaluan anak saya tidak berhenti. Saya hubungi semula pembantu pegawai perubatan yang menjalankan proses berkhatan itu, namun diminta merujuk ke Hospital Selayang,” katanya yang turut memaklumkan sudah membuat laporan polis.
Menurutnya, ketika tiba di hospital kulit di bahagian kemaluan anaknya bertukar hitam.

“Mereka (doktor) tidak dapat berbuat apa-apa kerana mendakwa sel kulit sudah mati. Saya membawa anak ke hospital swasta sebelum anak saya terpaksa menjalani pembedahan.

“Pembedahan itu untuk menyambungkan semula sebahagian kepala kemaluan kerana doktor memberitahu saluran kencing anak saya terpotong,” katanya.

Mohd Hadzmie berkata, pembedahan yang dilakukan gagal menyebabkan doktor terpaksa memasukkan tiub untuk memudahkan anaknya membuang air kecil.

“Anak saya terpaksa menjalani pembedahan tiga kali, antaranya untuj masukkan tiub terus ke pundi kencing supaya bahagian kemaluan tidak dijangkiti.

“Bukan saja dia terpaksa bawa beg air kencing ke mana-mana dan tidak ke sekolah kerana terpaksa cuti selama sebulan malah dia juga dinasihatkan supaya tidak bersukan selama setahun untuk sembuh,” katanya.

Menurutnya, dia kesal dengan tindakan pembantu pegawai perubatan berkenaan kerana tidak jujur memberitahu hal sebenar.

“Jika malam kejadian mereka memberitahu perkara sebenar, mungkin saya boleh ke hospital terus,” katanya.

Mohd Hadzmie berkata, dia akan merujuk perkara ini ke mahkamah untuk memfailkan saman.
Kejadian berkenaan adalah kali ketiga sepanjang cuti sekolah kerana pada Disember lalu dua kejadian sama berlaku pada bulan itu.

Pada 20 Disember lalu pula, budak lelaki berusia 10 tahun putus kemaluan ketika berkhatan apabila doktor ‘terlebih potong’ di klinik keluarga di Cheras.

Difahamkan kejadian berlaku ketika mangsa berkhatan menggunakan kaedah laser pada 8.20 malam.
Harian Metro melaporkan, sumber polis berkata, pembedahan terbabit dilakukan seorang doktor berpengalaman berusia lewat 40-an.

“Bagaimanapun difahamkan doktor terbabit secara tidak sengaja terlebih potong sehingga ke bahagian kepala kemaluan kanak-kanak terbabit sewaktu melakukan pembedahan laser.

"Susulan kejadian itu, doktor terbabit memaklumkan kejadian kepada keluarga kanak-kanak terbabit sebelum mangsa dihantar ke Hospital Canselor Tuanku Mukhriz (HCTM) untuk rawatan lanjut

Sumber : Harian Metro

________________________________________________________
Untuk dapatkan makluman berita terkini, viral dan informasi berguna dari blog ini melalui Facebook, sila LIKE page kami:
Loading...

No comments

Powered by Blogger.