Header Ads

Ketahui 5 Tips Penjimatan & Penggunaan Penghawa Dingin Dengan Bijak Dari TNB

loading...

Ketahui 5 Tips Penjimatan & Penggunaan Penghawa Dingin Dengan Bijak Dari TNB

Ketahui 5 Tips Penjimatan & Penggunaan Penghawa Dingin Dengan Bijak Dari TNB

Ketahui 5 Tips Penjimatan & Penggunaan Penghawa Dingin Dengan Bijak Dari TNB


Tenaga Nasional Berhad (TNB) menasihatkan para pengguna supaya menggunakan penghawa dingin secara bijak ketika cuaca panas dan kering ini. Ia bagi menjamin penggunaan elektrik diuruskan dengan lebih baik.

ARTIKEL MENARIK:
1. Aircon Rosak, Hujan Pulak, Apa Nak Buat? Inilah 4 Langkah Yang 90% Pemandu Tak TAHU !!!

2. Tips Paling Mudah Diamalkan Untuk Mencerahkan Kulit Tanpa Berbelanja Banyak!

3. HASIL Campuran Cuka JALEN Dan Softener DAIA Ini Buat Ramai Surirumah TERSENYUM PUAS !!!

4. Susah Untuk Tidur? Minum Air Rebusan Ni Akan Melenakan Tidur Korang!

5. Jangan Basahkan Kepala Dulu Semasa Mandi. Ini Sebabnya Yang Anda Perlu Tahu.. PENTING! Mohon Share


loading...

Oleh itu, TNB menyarankan para pengguna supaya mengamalkan lima (5) tip berikut bagi menjimatkan penggunaan tenaga:

1. Laraskan suhu sistem penghawa dingin di antara 23 ke 25 darjah celsius.

2. Tukar atau bersihkan penapis penghawa dingin dengan kerap untuk memaksimumkan potensi penyejukan unit tersebut. Penapis yang kotor menghalang edaran udara dan mengurangkan kecekapan penghawa dingin. Selain itu, penyelenggaraan secara kerap juga boleh membantu penghawa dingin
beroperasi padatahap optimum.

3. Tutup semua pintu dan tingkap serta lubang edaran udara untuk memastikan udara sejuk tidak keluar dari bilik.

4. Pada waktu malam, buka kipas dan tetapkan masa penghawa dingin untuk ditutup. Selalunya suhu bilik akan mencecah tahap yang selesa selepas beberapa jam penghawa dingin dipasang. Tambahan, penggunaan kipas adalah lebih murah dan membantu pengedaran udara di dalam bilik.Pengguna juga diingatkan agar menggantikan penghawa dingin yang berusia lebih 10 tahun kerana unit-unit tersebut tidak lagi cekap setelah bertahun-tahun digunakan.

5. Bagi mereka yang ingin membeli penghawa dingin baharu, adalah dicadangkan supaya memilih penghawa dingin yang mempunyai bintang kecekapan tenaga yang paling tinggi kerana lebih banyak bintang bermaksud peralatan tersebut lebih cekap berfungsi.

Pemilihan saiz dan jenis penghawa dingin yang tepat juga penting kerapa penghawa dingin yang terlebih besar bukan sahaja lebih mahal untuk dibeli dan dipasang, malahan ia juga akan menyebabkan bil elektrik yang lebih tinggi kerana kompresor penghawa dingin perlu berputar dan berhenti berulang-ulang.

________________________________________________________
Untuk dapatkan makluman berita terkini, viral dan informasi berguna dari blog ini melalui Facebook, sila LIKE page kami:
loading...

No comments

Powered by Blogger.