Permintaan Terakhir Arwah Zakeer Pemandu Bas Isteri dan Anak Bongsu Temankan Perjalanannya Berakhir Dengan Tragedi

Permintaan Terakhir Arwah Zakeer Pemandu Bas Isteri dan Anak Bongsu Temankan Perjalanannya Berakhir Dengan Tragedi

PULAU PINANG 24 Dis. - Ibu kepada Zakeer Zubir, pemandu bas ekspres yang terbabit dalam nahas ngeri di Johor awal pagi tadi tidak menyangka permintaan anaknya itu mengajak isterinya menemani dia bekerja berakhir dengan tragedi buat mereka sekeluarga.

Permintaan Terakhir Arwah Zakeer Pemandu Bas Isteri dan Anak Bongsu Temankan Perjalanannya Berakhir Dengan Tragedi
Permintaan Terakhir Arwah Zakeer Pemandu Bas Isteri dan Anak Bongsu Temankan Perjalanannya Berakhir Dengan Tragedi

Rashidah Abdul Rahim, 60, berkata, anaknya itu sebelum ini tidak pernah mengajak isterinya, Miya Be yang berasal dari Indonesia menemani dia memandu bas sejak mula bekerja kira-kira tiga bulan lalu.



ARTIKEL MENARIK:
1. 14 Maut Bas Alisan TERBABAS. Penumpang Cerita Detik Cemas Yg MENGERIKAN !!!

2. Tak Dapat Bantu Dari Segi Duit Ringgit Takpe Asalkan Dapat Bantu Share Post Ini Supaya Lebih Ramai Lagi Yang Dapat Bantu Anak-Anak Syurga Ini. Mungkin Ada Yang Boleh Bantu Dengan Ikhlas. Aminn!!

3. (Video & Gambar) 13 Maut Dan 17 Orang Cedera, Bas Express Bawa 29 Penumpang Jatuh

4. Pemancing yang hilang pada Ahad lalu, ditemui mati dipercayai akibat dibaham buaya

5. Sayu : Mengelupur di hujung NYAWA .. Daus maut di langgar LARI oleh lori pasir (5Gambar)

Bagaimanapun tambahnya, Zakeer mengajak isterinya itu menemaninya bagi perjalanan dari Johor ke Kuala Lumpur malam tadi dengan alasan dia bosan memandu berseorangan.

"Sebelum ini isterinya tidak pernah mengikut dia bekerja dan akan tinggal di sini bersama tiga anak mereka. "Tetapi malam tadi kerana permintaan Zakeer, dia mengikut dengan membawa anak bongsu Nur Natasha Zahara berusia setahun.

"Mulanya saya keberatan melepaskan mereka membawa anak bongsu kerana bimbang menyusahkan sebaliknya membawa anak kedua, Nur Zaharah tetapi mereka tetap mendesak," katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di rumahnya di Batu Maung, di sini malam ini.

Menurut Rashidah, anaknya itu jarang berada di rumah kerana kerjanya sebagai pemandu bas dan mereka sekeluarga kadang-kala terpaksa bertemu di Stesen Bas Sungai Nibong di sini sebelum Zakeer turun bekerja memandu bas ke destinasi yang diminta syarikatnya.

Zakeer dan Nur Natasha Zahara merupakan antara 16 orang yang terkorban dalam kejadian nahas bas ekspres Alisan Golden Coach di KM137.3 Lebuh Raya Utara Selatan berhampiran Kampung Jayor, Pagoh, Johor awal pagi tadi.

Jenazah dua beranak itu kini dalam perjalanan ke sini dari Hospital Pakar Sultanah Fatimah dan akan disembahyang serta dikebumikan di Masjid Haji Hashim Yahya, Jalan Perak pagi esok. - UTUSAN ONLINE


________________________________________________________
Untuk dapatkan makluman berita terkini, viral dan informasi berguna dari blog ini melalui Facebook, sila LIKE page kami:

Post a Comment

Previous Post Next Post