Header Ads

Kita Akan Pertahankan Ketua, Walaupun Benda Salah - Nazri Aziz

loading...

Kesetiaan pada presiden parti mengikat UMNO daripada terlerai, kata anggota Majlis Tertinggi Umno, Datuk Seri Nazri Aziz.

Kita Akan Pertahankan Ketua, Walaupun Benda Salah - Nazri Aziz
Kita Akan Pertahankan Ketua, Walaupun Benda Salah - Nazri Aziz

KUALA LUMPUR: Anggota Majlis Tertinggi (MT) UMNO, Datuk Seri Nazri Aziz berharap Timbalan Presiden, Tan Sri Muhyiddin Yassin akan meninggalkan UMNO bersama pemberontak lain.


ARTIKEL MENARIK:
1. Felda Sapu Duit Orang Meninggal Dunia Dengan Alasan Arahan Dari Pihak Atasan- Anda Baca Luahan Lelaki Ini Memang Menyedihkan

2. Jangan Ambil Duit Yang Diselit Pada Wiper Kereta! - Baca Pendedahan Wanita Ini

3. [VIDEO] 'Mana Boleh You Cakap Paria?' - Pemandu Teksi Berang Jurutol Lempar Kata² Kesat

4. 'Korang JANGAN PERCAYA Sangat Dengan Taska ! Ini Pengalaman Aku Kerja Di Taska !'

5. Padah! Rakaman Video Gara-Gara Berebut JANTAN, sehinggakan 'baju dah tak ada' pun masih tak sedar.!!

Perkara utama dalam UMNO, menurut Nazri, adalah kesetiaan kepada presiden, yang beberapa kali terbukti menyelamatkan parti itu.

Mengimbau kembali perjalannya bersama UMNO sehingga hari ini, Nazri menjelaskan sejarah parti Melayu itu penuh rencam pergolakan dan gelora, antaranya pemecatan Datuk Harun Idris oleh Presiden UMNO Tun Hussein Onn, dan runtunan pertelingkahan antara Tun Dr Mahathir Mohamad dan pemimpin lain seperti Tengku Razaleigh Hamzah, Tan Sri Musa Hitam dan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Ahli Umno dah orang kata dah ‘kutai'(biasa) dah benda ni,” ujar Nazri. “Yang penting jaga parti itu ja. Apa berlaku kita pastikan Umno tak hancur.”

“Dulu saya kawan Anwar Ibrahim, dia ketua pemuda saya, saya penyokong kuat dia.

“Tapi bila Mahathir bergaduh dengan dia, kita pegang (sokong) Mahathir, sebab tu parti selamat. Lepas tu dia (Mahathir) buat ke Pak Lah (Abdullah Ahmad Badawi), saya tak peduli dia dah saya jaga Pak Lah.”

“Dia (Mahathir) ni kaki gaduh. Kalau kita ikut dia, mati kita.

“Saya cukup confident Umno okay. Takkan biarkan individu mempengaruhi hancurkan pimpinan Umno sepertimana yang cuba dilakukan Muhyiddin, Shafie, Mukhriz dan Mahathir sekarang ni. Saya harap mereka keluar partilah,” katanya kepada FMT dalam satu wawancara Ahad lalu.

Mahathir mengisytihar keluar parti buat kali kedua sejak 2008 dan berharap Muhyiddin menyertai beliau membentuk satu “kumpulan teras”.

Anaknya, Mukhriz, dijangka akan mengikut langkah bapanya, menurut pimpinan UMNO dan penganalisis.

Nazri turut mencucuk Muhyiddin dengan menzahirkan rasa ‘kagum’ pada Timbalan Ketua UMNO Bahagian Pagoh, Ismail Mohammed yang bingkas pertahan ketuanya sebaik digantung MT.

“Muhyiddin kena belajar dengan dia (Ismail). Dia pertahankan ketua. Saya tak nak marah dia. Itu kita buat zaman Mahathir dulu, walaupun banyak benda salah kita defend (pertahankan).”

“Kita jangan ambil tindakan kepada dia. Kita faham dia makan dari tangan Muhyiddin. Dari semangat dan kesetiaan kepada ketua itu bagus; jangan marah dia. Saya admire (mengkagumi) dia.”

Sumber: FMT

________________________________________________________
Untuk dapatkan makluman berita terkini, viral dan informasi berguna dari blog ini melalui Facebook, sila LIKE page kami:
loading...

No comments

Powered by Blogger.