Header Ads

Kemeriahan majlis perkahwinan bertukar menjadi tragedi apabila seorang lelaki parah diserang ditikam

loading...

LAWAS, SARAWAK - Kemeriahan majlis perkahwinan bertukar menjadi tragedi apabila seorang lelaki parah diserang ditikam oleh suspek yang dipercayai ahli keluarganya sendiri, malam tadi.

Kemeriahan majlis perkahwinan bertukar menjadi tragedi apabila seorang lelaki parah diserang ditikam
Kemeriahan majlis perkahwinan bertukar menjadi tragedi apabila seorang lelaki parah diserang ditikam

Dalam kejadian di Kampung Awat-Awat, mangsa parah ditikam di bahagian perut dan ususnya hampir terburai selepas diserang suspek yang berusia 52 tahun yang dipercayai mengalami masalah mental.


ARTIKEL MENARIK:
1. [VIDEO] Budak 2 Tahun Diliwat & Direnjat Dengan Pistol Renjat

2. Licik 4 Bersaudara .. lepas " PROJEK " di pusat kecantikan sempat lagi BERSELFIE (4 Gambar)

3. VIDEO: Tumbuk Mak Cik Tua Ketika Azan Berkumandang. Akhirnya Anak Muda ini Terima Balasan yang MENGERIKAN !

4. Akhirnya Terbongkar ! Polis Dedahkan Identiti Sebenar Datuk M , Rupa-rupanya Dia Ketua...

5. Sayu : Mama cepatlah SEMBUH rayu anak .. Saksi cerita DETIK cemas dalam KESAKITAN mangsa tembak Puan Nurul Huda (5 Gambar)

Ketua Polis Daerah Lawas, Deputi Superintendan Abang Zainal Abidin Abang Ahmad, berkata, tikaman suspek telah menyebabkan mangsa cedera parah di bahagian perut.

Mangsa telah dikejarkan ke Hospital Lawas untuk rawatan kecemasan sebelum dirujuk ke Hospital Queen Elizabeth, Kota Kinabalu untuk rawatan lanjut.

"Suspek yang tidak memakai baju cuba melarikan diri, namun berjaya ditangkap oleh orang kampung sebelum diserahkan kepada polis di Balai Polis Lawas pada tengah malam," katanya.

Senjata yang digunakan suspek juga masih belum ditemui. Motif kejadian masih dalam siasatan.

Kes disiasat di bawah Seksyen 326 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan.


sumber : www.gengviral.com


________________________________________________________
Untuk dapatkan makluman berita terkini, viral dan informasi berguna dari blog ini melalui Facebook, sila LIKE page kami:
loading...

No comments

Powered by Blogger.