China Selesaikan Hutang 1MDB Sebanyak RM28 Bilion, Dengan Syarat Tanah Di Pulau Pinang Akan Diserahkan Kepada China

China Selesaikan Hutang 1MDB Sebanyak RM28 Bilion, Dengan Syarat Tanah Di Pulau Pinang Akan Diserahkan Kepada China

China dikatakan akan membantu 1Malaysia Development Berhad (1MDB) membuat bayaran hutang kepada International Petroleum Investment Company (IPIC) berjumlah AS$6.5 bilion (RM28.7 bilion) berikutan dakwaan melanggar kontrak, lapor Financial Times, hari ini.

China Selesaikan Hutang 1MDB Sebanyak RM28 Bilion, Dengan Syarat Tanah Di Pulau Pinang Akan Diserahkan Kepada China
China Selesaikan Hutang 1MDB Sebanyak RM28 Bilion, Dengan Syarat Tanah Di Pulau Pinang Akan Diserahkan Kepada China

Laporan Julai lalu mendedahkan syarikat China akan membeli tanah milik 1MDB di Pulau Pinang yang berjumlah kira-kira RM2 bilion atau membuat perjanjian pembangunan bersama 1MDB yang akan menjamin keuntungan kira-kira RM3.5 bilion.


ARTIKEL MENARIK:
1. Tak Tahan Lagi ! Kerajaan Myanmar Buat Tindakan MENGEJUTKAN Lepas Najib Kecam Suu Kyi

2. Allahu Akbar .. BERITA TERKINI!! Aceh dilanda musibah GEMPA lagi .. terkini sudah 97 orang terkorban (22 Gambar)

3. Bukti Kekuasaan Allah ! Cleaner Bangla Ini DIHINA Kerana Tengok Barang Kemas, Tapi Lihat Apa Yg Berlaku Padanya Selepas Tu !

4. GEMPAR!! Baru Jea Menyanyi LIMA PATAH PERKATAAAN, Semua JURI Serentak PUSING Kerusi Mereka..KORANG MESTI TERKEJUT!!! lihat sendiri (video).......

5. Kerajaan Myanmar Akan Menarik Semula 100,000 Pekerja Di Malaysia, Ini Nasihat MEF Kepada Najib

Selain itu, entiti milik negara berkenaan turut meneroka prospek bagi menyusun garis hidup kewangan salah satu entiti milik Malaysia yang bermasalah, SRC Antarabangsa – merujuk kepada eksekutif kewangan yang terlibat dalam rundingan.

Sebelum ini, Malaysia telah membawa masuk pelaburan China sebanyak dua kali bagi menyelesaikan hutang 1MDB.

Sementara itu, Presiden 1MDB, Arul Kanda memberitahu Straits Times bahawa 1MDB tidak mempunyai sebarang penambahan kenyataan berkaitan pertikaian dengan IPIC.

Malah mengenai perundingan tanah Pulau Pinang, beliau berkata, 1MDB akan mengeluarkan kenyataan pada ‘waktu yang sesuai’.

Selain itu, Menteri Kewangan Kedua, Datuk Johari Abdul Ghani, mereka pada dasarnya menyerahkan ia kepada 1MDB untuk menyelesaikan pada tahap perniagaan-antara-perniagaan.

Pertikaian antara 1MDB dan IPIC adalah sebahagian daripada skandal kewangan yang menyelubungi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, yang kini semakin kerap bergantung kepada China untuk membantu menyelesaikan beban kewangan yang besar di 1MDB, di mana membawa hutang lebih daripada AS$12 bilion pada satu masa.

Pertikaian itu timbul daripada perjanjian ikat jamin tahun lepas di mana IPIC bersetuju untuk memberi pinjaman AS$1 bilion kepada 1MDB dan menganggap pembayaran ke atas AS$3.5 bilion hutang dana Malaysia sebagai perjanjian pertukaran aset hutang.

Bagaimanapun, firma UAE mendakwa pada April lalu bahawa 1MDB tidak membayar semula wang pendahuluan sebanyak AS$ 1 bilion dan kemudiannya memohon timbang tara di London, di mana disenaraikan kepada umum.

Kredit-  My News


________________________________________________________
Untuk dapatkan makluman berita terkini, viral dan informasi berguna dari blog ini melalui Facebook, sila LIKE page kami:

Post a Comment

Previous Post Next Post