Breaking News

Terdesak Mahukan Cahaya Mata, Pasangan Suami Isteri Di Tahan Curi Bayi Baru Lahir

loading...

TANAH MERAH – Sepasang suami isteri yang disyaki terdesak untuk memiliki cahaya mata membuat tindakan nekad mencuri seorang bayi perempuan berusia lima hari dari Wad Kanak-kanak Hospital Tanah Merah di sini kelmarin.

Terdesak Mahukan Cahaya Mata, Pasangan Suami Isteri Di Tahan Curi Bayi Baru Lahir
Terdesak Mahukan Cahaya Mata, Pasangan Suami Isteri Di Tahan Curi Bayi Baru Lahir

Dalam kejadian pada pukul 6.30 petang, suspek lelaki, seorang mekanik berusia 26 tahun, berpura-pura menjadi bapa kepada bayi itu dan mengikuti semua prosedur membawa keluar anak dari hospital berjaya me­larikan bayi berkenaan.


ARTIKEL MENARIK:
1. 'Saya Tak Tahu Ada Dadah Dalam Tin Coklat' - Rakyat Malaysia Ditahan Cuba Seludup Dadah Di Manila

2. [VIDEO] Lelaki Dituduh Rogol & Bunuh Budak 4 Tahun Mati Digantung Orang Awam

3. Masha Allah! Bayi Ini Mati Selepas Keluar Dari Perut Ibunya.. Namun Apa Yang Doktor Itu Lakukan Selepas Tahu Bayi Itu Sudah Mati Amat Mengejutkan! Lihat Apa Berlaku Pada Bayi Itu.. Semua Kuasa Allah!

4. VIDEO: Lagi Bayi Maut Jatuh Eskalator... Ngerinyaaa ... Mudahnya Kesilapan Boleh Berlaku.. Mak Dia Pun Bengap !

5. Seorang pelajar wanita mendapat 'malu besar' selepas gurauan yang dilakukan seorang pelajar lelaki ini terhadapnya

Isteri mekanik terbabit yang berusia 23 tahun itu dikatakan kerap berlegar-legar di kawasan wad kanak-kanak itu sejak beberapa hari lalu dan berlagak seperti seorang wanita baru bersalin dengan memakai baju berlengan panjang dan bersto­king panjang.

Setiap kali ditegur pengawal di hospital itu, wanita terbabit memberi alasan katil di wad tidak cukup dan dia datang me­lawat bayi yang didakwa dilahirkan pada 8 November lalu.



Tindakan suami isteri yang mencuri bayi yang bakal diberi nama Nur Amyra Sofea Mohd. Ihtisyamuddin oleh keluarganya mencetuskan suasana kecoh di hospital itu.

Nur Amyra berjaya dicuri mekanik itu dan isterinya selepas membayar bil hospital sebanyak RM20.50.

Ketua Polis Daerah Tanah Me­rah, Deputi Superintendan Suzaimi Mohamad (gambar kecil) berkata, kehilangan bayi itu disedari bapa mangsa, Mohd. Ihtisyamuddin Mohd. Ashri, 29, yang mahu melawat anaknya pada pukul 9 malam.

Namun, peniaga makanan itu terkejut kerana anaknya tiada di wad manakala isterinya, Siti Norbaiti Bahanaharing, 26, pula sedang menangis setelah anak bongsu daripada dua beradik itu hilang.

________________________________________________________
Untuk dapatkan makluman berita terkini, viral dan informasi berguna dari blog ini melalui Facebook, sila LIKE page kami:
loading...
loading...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments