Header Ads

SAYU!! Pesanan Terakhir Arwah Isteri Datuk Jalaluddin Sebelum Meninggal Dunia

loading...

Isteri pelakon terkenal, Datuk Jalaluddin Hassan sempat berpesan kepada anak-anaknya untuk tidak meninggalkan solat sebelum dia mengembuskan nafas terakhirnya.

SAYU!! Pesanan Terakhir Arwah Isteri Datuk Jalaluddin Sebelum Meninggal Dunia
SAYU!! Pesanan Terakhir Arwah Isteri Datuk Jalaluddin Sebelum Meninggal Dunia

Arwah, Hashimah Aksan, 64, menyampikan pesan itu dua hari sebelum meninggal dunia dan Jalaluddin sendiri tidak menyangka itu adalah pesanan terakhir isterinya.


ARTIKEL MENARIK:
1. Subhanallah! Kisah Menyayat Hati :Seorang Insan Seni Yang Sanggup Mengesot Ke Masjid Untuk Solat Subuh Berjemaah

2. [VIDEO] (Dihentam Lagi) Nyanyian Fazura Di Separuh Akhir Muzik-Muzik Dikritik Penonton

3. Kritikan 'Pedas' Michael Ang Tentang Nyanyian Fazura Di Muzik Muzik 31 Bikin SENTAP!!

4.  Isteri pelakon, Datuk Jalaludin Hassan, Datin Hashimah Aksan meninggal dunia. Al Fatihah!

5. PANAS TELINGA!! ELLY MAZLEIN DAKWA DIBOMOH.. Ini Sindiran Balas FAYE KUSAIRI Yang Korang Tak Sanggup Baca!!!

“Selain pesanan itu, dia juga ada memberitahu yang dia rasa akan meninggal dunia. Itu yang saya tegur dia kerana ajal dan maut di tangan Allah.

“Tanpa disangka, itu adalah petunjuk awal yang dia akan pergi tetapi saya sempat peluk dan cium dia sebelum ke bilik pembedahan,” katanya

Hashimah meninggal dunia kira-kira pukul 3 pagi tadi akibat komplikasi pembedahan jantung di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM), Kuala Lumpur.

Bercerita mengenai kehilangan itu lagi, jelas Jalaluddin, isterinya itu sudah dianggap sebahagian daripada jiwanya.

“Dia banyak berkorban untuk saya sepanjang saya bergelar pelakon. Malah, dia tidak pernah buruk sangka kepada saya sekalipun.

“Malah, setiap kali bergaduh, dia akan pujuk saya dengan pelukan walaupun kesilapan itu berpunca daripada saya. Itulah kenangan yang saya akan rindu,” jelasnya.

Jenazah akan dikebumikan selepas solat Zohor di Tanah Perkuburan Islam Datuk Keramat, Kuala Lumpur.

Hasil perkongsian hidup dengan Jalaluddin, pasangan ini dikurniakan lapan orang anak dan 14 orang cucu.

________________________________________________________
Untuk dapatkan makluman berita terkini, viral dan informasi berguna dari blog ini melalui Facebook, sila LIKE page kami:
Loading...

No comments

Powered by Blogger.