Kita Sudah Tampung Kenaikan Minyak Dengan Pemberian BR1M Kepada Rakyat - Khairy

Kita Sudah Tampung Kenaikan Minyak Dengan Pemberian BR1M Kepada Rakyat - Khairy

Pemberian wang tunai secara "one-off" melalui Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) yang diamalkan Putrajaya sejak beberapa tahun sebelum ini perlu selari dengan usaha kerajaan menstruktur semula subsidi demi memastikan ia sampai kepada golongan berpendapatan rendah dengan efisyen, kata Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin.

Kita Sudah Tampung Kenaikan Minyak Dengan Pemberian BR1M Kepada Rakyat - Khairy
Kita Sudah Tampung Kenaikan Minyak Dengan Pemberian BR1M Kepada Rakyat - Khairy

Mengulas kenaikan harga bahan api RON95 sebanyak 20 sen semalam, Khairy berkata, kesan kenaikan harga minyak akibat dasar pengurangan subsidi di bawah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak akan ditampung melalui pemberian BR1M.


ARTIKEL MENARIK:
1. Berita Baik Untuk Rakyat Malaysia,,,Harga Minyak naik lagi, tertinggi untuk 2016

2. "DEMI ALLAH, AKU AKAN MELAKNATKAN KAU SULTAN KELANTAN!" Inilah Wajah Ayahanda PEKIDA yang MAKI Sultan Kelantan Dengan Kata-kata KESAT. Mohon VIRALkan supaya POLIS ambil TINDAKAN Secepat Mungkin!!

3. [VIDEO] VIRAL Bawa Keluar Bini Orang Tanpa Pengetahuan Suami. Dah Kantoi Acukan Pistol Pulak !!!

4. [VIDEO] ‘Ini Cara Nak Stop Awak Punya Viral’ – Lelaki Hina Golongan Pemandu Lori Didesak Minta Maaf

5. Nasi Lemak Anak Dara Laku "KERAS"

"Kita tampung apa yang kita buat (kenaikan harga petrol) melalui BR1M. BR1M perlu dibina bersama dengan subsidi.


"Kita kurangkan subsidi yang menyeluruh dan beri BR1M yang bersasar," kata Khairy kepada pemberita selepas merasmikan program "Kopiko Purple League" di Petaling Jaya, hari ini.
Ahli Parlimen Rembau itu berkata, bagi menampung kenaikan yang dirasai golongan berpendapatan sederhana, Putrajaya berhasrat mengurangkan kadar cukai pendapatan untuk golongan itu.

"Terlalu banyak subsidi akan diterima mereka yang tidak sepatutnya," kata Khairy lagi.

Khairy berkata, kenaikan harga minyak itu kembali kepada perkara pokok di negara ini iaitu untuk membolehkan subsidi dinikmati golongan sasaran.

Beliau berkata dengan sistem sedia ada, subsidi lebih banyak dinikmati golongan berada yang memiliki kenderaan lebih banyak berbanding mereka yang kurang berkemampuan.

"Isu subsidi bukan kita tidak mahu membantu, tetapi orang yang tidak layak, semua orang membayar harga sama untuk RON95, tidak kira (jumlah) rumah dan kereta mereka," katanya.

"Dengan logik itu, mereka berpendapatan tinggi terima subsidi lebih banyak," katanya.

Ekoran pengumuman Putrajaya semalam subsidi minyak dikurangkan sebanyak 20 sen, rakyat Malaysia kini perlu membayar RM2.30 seliter bagi petrol RON95, berbanding RM2.10 sebelum ini.

Manakala, diesel pula turut mengalami kenaikan 20 sen menjadikan kadar baru sebanyak RM2.20 seliter berbanding RM2.00 sebelum ini.

Kementerian Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) dalam kenyataannya semalam berkenaan kenaikan itu berkata, langkah pengurangan subsidi itu adalah selaras dengan dasar rasionalisasi subsidi kerajaan bagi memastikan kedudukan kewangan negara terus kukuh.

"Kerajaan juga dijangka dapat mengurangkan ketirisan dan aktiviti penyeludupan oleh golongan tidak bertanggungjawab.

"Pemberian subsidi perlu lebih bersasar dan tidak secara pukal di mana bukan warganegara Malaysia termasuk pelancong asing turut menikmati subsidi yang diberikan kerajaan," kata kenyataan itu.

Kenyataan itu turut berkata, langkah rasionalisasi subsidi itu juga akan dilaksanakan dengan berhati-hati dan secara berperingkat bagi memastikan kesan minimum kepada ekonomi dan tidak membebankan rakyat, terutama mereka berpendapatan rendah dan sederhana. – MHubM

________________________________________________________
Untuk dapatkan makluman berita terkini, viral dan informasi berguna dari blog ini melalui Facebook, sila LIKE page kami:

Post a Comment

Previous Post Next Post