Breaking News

Kes Kerat 10: Identiti Suspek Terbongkar, Anda Pasti TERKEJUT Dengan Pendedahan Ini !

loading...

TANGKAK – Seorang pelajar lelaki dan seorang janda didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan membunuh seorang pemandu jengkaut di Tanjung Gading, Sungai Mati, di sini.

Kes Kerat 10: Identiti Suspek Terbongkar, Anda Pasti TERKEJUT Dengan Pendedahan Ini !
Kes Kerat 10: Identiti Suspek Terbongkar, Anda Pasti TERKEJUT Dengan Pendedahan Ini !

Muhammad Firdaus Hamzah, 19, dan Norshahilla Ismail, 23, didakwa membunuh Omar Miskam, 49, di hadapan sebuah rumah beralamat Tiang Lampu LLN JK 19, Jalan Kesang Laut, Batu 2, Tanjung Gading, Sungai Mati di sini, antara 11.59 malam, 31 Oktober lepas dan 4.30 petang, 1 November lepas.


ARTIKEL MENARIK:
1. Remaja Maut Dipukul 10 Penghuni Pusat Pemulihan Akhlak Di Pokok Sena

2. VIDEO: PALING NGERI ! Budak 7 Tahun Dibakar Hidup² Hanya Kerana Kesalah Yg Tak Masuk Akal !

3. VIDEO: PADAH Geng Merah Nak Tunjuk Gangster Waktu Bertembung Geng Baju Kuning, Anda Tengok Apa Berlaku Pada Lelaki Tu !

4. [VIDEO] Abang Berusia 9 Tahun Diangkat Sebagai Hero Selepas Tindakan Pantas Meluncur Selamatkan Adik Terjatuh Dari Meja

5. SUNGGUH MENGEJUTKAN ! VIDEO detik-detik kucing hitam ini cuba menyelamatkan bayi dari tindakan ibunya .Korang nampak apa yang kami nampak tak?

Muhammad Firdaus, seorang pelajar Giatmara dan Norshahilla, seorang pelajar Kolej Komuniti didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 akta sama yang membawa hukuman mati, jika sabit kesalahan.

Yang mengejutkan, suspek cuma berumur 19 tahun dan 23 tahun. Pelajar dan seorang janda.

Tiada pengakuan daripada kedua-dua tertuduh direkodkan di hadapan Majistret Maslinda Selamat.

Terdahulu, Muhammad Firdaus yang memakai baju lokap berwarna oren kelihatan terpinga-pinga dan keliru selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan.

Peguam R. K. Balakrishnan yang mewakili Muhammad Firdaus memaklumkan kepada mahkamah bahawa anak guamnya mempunyai masalah psikiatri dan pernah mendapat rawatan di Hospital Pakar Sultanah Fatimah Muar sebelum ini.

Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Shukri Hussain memohon supaya Muhammad Firdaus dirujuk ke Hospital Permai, Johor Bahru untuk pemeriksaan kesihatan mental mengikut Seksyen 342 Kanun Prosedur Jenayah.

Majistret Maslinda memerintahkan Muhammad Firdaus menjalani pemeriksaan kesihatan mental di hospital itu dan kemudiannya menetapkan 22 Disember untuk sebutan semula kes bagi mengetahui laporan perubatan kesihatan lelaki itu serta lantikan peguam bagi Norshahilla.

Turut hadir ke mahkamah ialah anggota keluarga kedua-dua tertuduh yang dilihat mengesat air mata sepanjang prosiding berlangsung.

Pada 6 November lepas, polis menemukan lima bungkusan plastik hitam berisi keratan anggota badan manusia yang disorok dalam longkang di Kampung Kesang Laut, dengan bahagian kepalanya ditemui tidak jauh dari lokasi itu. – BERNAMA

________________________________________________________
Untuk dapatkan makluman berita terkini, viral dan informasi berguna dari blog ini melalui Facebook, sila LIKE page kami:
loading...
loading...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments