Header Ads

Halang Himpunan Bersih Di Johor, Satees Muniandy Beri Amaran Terhadap Sultan Johor

loading...

Seorang individu memuatnaik satu status dilaman sosial Facebook yang meminta Sultan Johor supaya 'sedar diri' dengan kuasa undang-undang yang didakwanya melebihi kuasa Raja Melayu.

Halang Himpunan Bersih Di Johor, Satees Muniandy Beri Amaran Terhadap Sultan Johor
Halang Himpunan Bersih Di Johor, Satees Muniandy Beri Amaran Terhadap Sultan Johor

Individu berkenaan, Satees Muniandy yang merupakan Setiausaha Peribadi kepada Timbalan Ketua Menteri P.Pinang, P.Ramasamy, juga mahu Sultan Johor agar jangan menghalang rakyat mengadakan demonstrasi.


ARTIKEL MENARIK:
1. Kecewa Kepimpinan Najib, TMJ Tampil Dengan Kenyataan Terbaru Pasti Membuatkan Pihak Tertentu Panas Punggung

2. Harga LPG Naik Tahun Depan, RM7 Setong?

3. Kita Sudah Tampung Kenaikan Minyak Dengan Pemberian BR1M Kepada Rakyat - Khairy

4. Berita Baik Untuk Rakyat Malaysia,,,Harga Minyak naik lagi, tertinggi untuk 2016

5. "DEMI ALLAH, AKU AKAN MELAKNATKAN KAU SULTAN KELANTAN!" Inilah Wajah Ayahanda PEKIDA yang MAKI Sultan Kelantan Dengan Kata-kata KESAT. Mohon VIRALkan supaya POLIS ambil TINDAKAN Secepat Mungkin!!

Selain itu, ahli DAP tersebut juga memberi amaran kepada Sultan Johor agar jangan melampaui batas dengan membuat undang-undang sendiri yang disifatkannya sebagai melangkaui kuasa Raja.



Perbuatan individu berkenaan jelas sekali bertentangan dengan adab rakyat dan boleh disifatkan sebagai menderhaka kepada institusi DiRaja yang jelas termaktub dalam Perlembagaan negara ini.

Ahli DAP tersebut juga terbukti mahu menghasut rakyat Malaysia apabila memuatnaik status berkenaan yang jelas bertujuan menghina Sultan Johor dan mempertikaikan kuasa Institusi DiRaja.

Perbuatan sebegini sewajarnya dikenakan hukuman yang berat agar rakyat didalam negara tahu menghormati Institusi DiRaja, dan juga Sultan-sultan Melayu sesuai dengan apa yang tertulis dalam Perlembagaan.

Apa yang terjadi ini juga menunjukkan yang pihak pembangkang semakin berani kurang ajar dan menunjukkan sikap besar kepala biarpun berhadapan dengan Raja Melayu yang dihormati serta disanjungi rakyat.

Jika dibiarkan, tak mustahil suatu hari nanti pembangkang khususnya DAP ini akan memusnahkan ketenteraman dan juga suasana muhibbah didalam negara yang diterajui keharmoniannya oleh Raja-Raja Melayu.

MNews
________________________________________________________
Untuk dapatkan makluman berita terkini, viral dan informasi berguna dari blog ini melalui Facebook, sila LIKE page kami:
Loading...

No comments

Powered by Blogger.