Dendam Suami Tergamak Gigit Hidung Isteri

Dendam Suami Tergamak Gigit Hidung Isteri

NEW DELHI – Sebahagian hidung seorang wanita putus selepas digigit suaminya yang berang kerana dia enggan melunaskan wang hantaran atau pulang ke pangkuan lelaki itu selepas mereka berpisah sejak setahun lalu.

Dendam Suami Tergamak Gigit Hidung Isteri
Dendam Suami Tergamak Gigit Hidung Isteri

Raj Kumari, 21, diserang suaminya Shiv Prasad, 23, ketika berjalan untuk menghadiri kelas pada Selasa lalu.



ARTIKEL MENARIK:
1. SAH ! 16 Orang Gadis Mengandung Ketika Mandi Di Kolam Renang Ini ! Mohon Sebarkan !

2. 14 Budak Sekolah Ditangkap Polis, Main Kahwin² Sampai Buat Acara JIMAK Bagaikan Suami Isteri Sebenar !

3. 'MENYESALNYA Aku Kahwin Dengan Ustaz, Dia Punya Nafsu Aku Tak TERLAYAN !'

4. Kau dah Ambil Suami Aku,,Kau Terima Balasan ni,,Bekas Isteri Tumbuk,,Belasah Dan Simbah Air Panas Isteri Baru Bekas Suami Sampai Cedera Parah

5. [VIDEO] 'Saya Janji Tak Chat Dengan Perempuan Lain Lagi - Isteri Hukum Suami Pakai Bra, Lekat Tuala Wanita Di Dahi & Melutut Di Atas Kulit Durian

Prasad tiba-tiba menerpanya dari belakang dan menggigit hidungnya.

Pasangan itu berkahwin dua tahun lepas tetapi berpisah kira-kira setahun lalu sebelum Kumari tinggal semula bersama ibu bapanya di Lakhimpur Kheri, utara India.

Bagaimanapun, Shiv masih menuntut supaya keluarga isterinya membayar wang hantaran yang berjumlah 149,000 rupee (kira-kira RM9,400) dan sebuah motosikal.

“Suami dan mentua sering mendera saya sejak hari pertama perkahwinan kerana mendesak saya membayar wang hantaran yang dijanjikan.

“Namun jumlah diminta terlalu tinggi.

“Lebih teruk lagi, dia turut menuntut motosikal mewah yang tidak mampu disediakan keluarga saya.

“Disebabkan tidak tahan didera saya pulang ke rumah ibu bapa dan kembali belajar.

“Saya enggan tinggal bersamanya lagi kerana mahu memfokuskan terhadap pelajaran,” katanya.

Menurut mangsa, dia diserang ketika berjalan ke kelas pada Selasa lalu tetapi Shiv terus melarikan diri selepas menggigit hidungnya.

Dia kemudian menghubungi keluarga yang membawanya ke klinik.

Pegawai Perubatan Kecemasan Dr Surjit Kumar Singh berkata: “Sebahagian hidung mangsa putus dan dia perlu menjalani pemeriksaan pakar Telinga, Hidung dan Tekak sebaik pulih.

“Malangnya, kerosakan pada hidungnya tidak dapat dibaiki dan wajahnya akan cacat melainkan mampu menjalani pembedahan plastik.

“Tetapi pembedahan seperti itu amat mahal.”

Jurucakap polis, Inspektor Ashok Kumar Singh berkata, Shiv ditahan di rumahnya pada hari sama. –

________________________________________________________
Untuk dapatkan makluman berita terkini, viral dan informasi berguna dari blog ini melalui Facebook, sila LIKE page kami:

Post a Comment

Previous Post Next Post