[VIDEO] ‘Ini Cara Nak Stop Awak Punya Viral’ – Lelaki Hina Golongan Pemandu Lori Didesak Minta Maaf

[VIDEO] ‘Ini Cara Nak Stop Awak Punya Viral’ – Lelaki Hina Golongan Pemandu Lori Didesak Minta Maaf

JOHOR BAHRU – Padah mengeluarkan kenyataan berunsur penghinaan terhadap golongan pemandu lori, seorang lelaki muda terkedu dan mati kutu apabila didesak untuk membuat permohonan maaf secara terbuka, semalam.

‘Ini Cara Nak Stop Awak Punya Viral’ – Lelaki Hina Golongan Pemandu Lori Didesak Minta Maaf
‘Ini Cara Nak Stop Awak Punya Viral’ – Lelaki Hina Golongan Pemandu Lori Didesak Minta Maaf
Video berdurasi 2 minit 51 saat itu menunjukkan, Herul Azmi, didesak sekumpulan lelaki yang dipercayai pemandu lori mendesaknya membuat permohonan maaf secara terbuka di sebuah restoran selepas kenyataan penghinaannya itu viral di media sosial.


ARTIKEL MENARIK:
1. KENYATAAN RASMI Dari Faizz Nur, Bapa Saudara Anak Yatim Kemalangan DUKE

2. Nasi Lemak Anak Dara Laku "KERAS"

3. Sudah PUAS HATI Korang Kan….?? Apa Korang Nak Lagi…!! Faizznur Berang Selepas 3 Akaun Miliknya Dibekukan Oleh Makamah…

4. Akhirnya FaizzNur Dan Peguam Tampil Di Mahkamah. Inilah Keputusan Mahkamah Yang Ramai Orang TERTUNGGU-TUNGGU !!!

5. 'Ambil Duit Anak Yatim, Apa Berlaku Pada Keluarga Dia Sangat NGERI !' SURAT Buat Faizz Nur !


Video berdurasi 2 minit 51 saat itu menunjukkan, Herul Azmi, didesak sekumpulan lelaki yang dipercayai pemandu lori mendesaknya membuat permohonan maaf secara terbuka di sebuah restoran selepas kenyataan penghinaannya itu viral di media sosial.

Herul Azmi bagaimanapun terkedu dan tidak bersuara apabila diarahkan berbuat demikian.

"Kalau awak minta maaf secara umum, maknanya masalah ini selesai. Inilah jalan yang terbaik pihak kami (golongan pemandu lori) yang dapat bantu awak. Awak minta maaf dan terus tutup kes. Inilah caranya nak stopkan awak punya viral," kata seorang lelaki yang berada berhampiran Herul.

Difahamkan, Herul enggan membuat permohonan maaf sekiranya situasi itu dirakam, atas alasan malu. Bagaimanapun, tindakannya itu membuatkan lelaki di sebelah kirinya tidak puas hati.

"Berapa banyak permintaan kau, kau malu ke apa. Habis orang lain tak tahu malu? Jangan sampai aku hilang sabar kang, tumbuh tanduk aku," kata lelaki berusia lewat 40'an berkenaan.





Terdahulu, Herul memuat naik kenyataan bahawa semua pemandu lori di negara ialah adalah sampah masyarakat, sial dan anak pelacur. Malah, beliau berani dan tidak takut dengan mana-mana pemandu lori yang mahu berdepan dengannya. - The Reporter

________________________________________________________
Untuk dapatkan makluman berita terkini, viral dan informasi berguna dari blog ini melalui Facebook, sila LIKE page kami:

Post a Comment

Previous Post Next Post