Api Tengah Marak. Tindakkan Lelaki Ini Menyelamatkan Isterinya Ketika Kebakaran HSA !!!

Api Tengah Marak. Tindakkan Lelaki Ini Menyelamatkan Isterinya Ketika Kebakaran HSA !!!

Kuala Lumpur: “Ribuan terima kasih kepada abang ipar atas pengorbanan dia menyelamatkan kakak saya dalam keadaan yang sangat mencabar.

Api Tengah Marak. Tindakkan Lelaki Ini Menyelamatkan Isterinya Ketika Kebakaran HSA !!!
Api Tengah Marak. Tindakkan Lelaki Ini Menyelamatkan Isterinya Ketika Kebakaran HSA !!!
“Meredah api dan asap tebal. Kalau tiada dia mungkin saya akan kehilangan kakak saya yang sangat saya cintai."


ARTIKEL MENARIK:
1. Menangis.. Keadaan Terkini Nurul Ain Nurse Yang Terlibat Dalam Kebakaran Semalam.. Lihat Perubahan Mendadak Pada Wajahnya,, Masha Allah.

2. Sayu : Ya Allah berilah kesembuhan pada Nurul Ain Jurawat HSA..dia kini bertarung nyawa di ICU (8Gambar)

3. NGERI ! Doktor Ini Tampil Dedah Cerita Sebenar Apa Yg Berlaku Ketika KEBAKARAN ! Ngerinya Ya Allah....

4. Hospital Terbakar. Pesakit Ni Dedah Tindakan MENGEJUTKAN Nurse Yang Buat Ramai TERPANA !!!

5. Kronologi Kebakaran Hospital Sultanah Aminah (HSA) Johor Bahru

Demikian luahan Nursuriani Saliman@Suleiman,, 19, adik kepada Nursuhaily Saliman@Suleiman, 23, yang menjadi mangsa kebakaran wad Unit Rawatan Rapi (ICU) di Hospital Sultanah Aminah (HSA), Johor Bahru.

Nursuhaily yang juga jururawat HSA dipercayai diselamatkan suaminya, Mohamad Hasmidi Mat Jais dalam kebakaran yang meragut nyawa enam pesakit pagi semalam.

“Abang ipar saya bertugas sebagai kakitangan teknikal di hospital berkenaan dan berjaya selamatkan kakak.

“Pada awalnya anggota keselamatan tidak benarkan dia masuk sebab bimbangkan keselamatan.

“Tapi dia redah juga untuk selamatkan kakak dengan seorang lagi jururawat bernama Nurul Ain,” katanya ketika dihubungi.

Nursuriani berkata, kakak yang juga satu-satunya saudara kandungnya itu kini dirawat di Hospital Sultan Ismail.

“Kakak saya masih trauma dan menggunakan mesin bantuan pernafasan.

“Tiada sebarang luka melecur. Hanya masalah pernafasan dan paru paru.

“Saya berharap dia cepat pulih dan kembali bertugas seperti biasa,” katanya.

Sementara itu, Nursuriani turut berharap agar orang ramai menghentikan cerita yang tidak benar mengenai kakaknya.

“Setakat ini kakak saya belum pregnant (mengandung). Ramai yang salah info kata dia mengandung.

“Mungkin ada hikmah dan berharap selepas ini ada rezeki zuriat buat dia selepas dua tahun berkahwin,” katanya yang berasal dari Kluang, Johor.

Nursuhaily dan Nurul Ain antara tiga kakitangan HSA yang dilaporkan cedera dalam kebakaran yang berlaku pada jam 9 pagi semalam.

________________________________________________________
Untuk dapatkan makluman berita terkini, viral dan informasi berguna dari blog ini melalui Facebook, sila LIKE page kami:

Post a Comment

Previous Post Next Post