Inilah KOMEN Ibu Adlin Aman Ramli Tentang Kegiatan Penipuan Hartanah Yang Dijalankan Oleh Anaknya!

Inilah KOMEN Ibu Adlin Aman Ramli Tentang Kegiatan Penipuan Hartanah Yang Dijalankan Oleh Anaknya!

Inilah KOMEN Ibu Adlin Aman Ramli Tentang Kegiatan Penipuan Hartanah Yang Dijalankan Oleh Anaknya!

Inilah KOMEN Ibu Adlin Aman Ramli Tentang Kegiatan Penipuan Hartanah Yang Dijalankan Oleh Anaknya!
Inilah KOMEN Ibu Adlin Aman Ramli Tentang Kegiatan Penipuan Hartanah Yang Dijalankan Oleh Anaknya!
KUALA LUMPUR: Pelakon veteran, Ruminah Sidek, 70, tidak tahu menahu mengenai kegiatan atau tangkapan yang dibuat oleh pihak berkuasa terhadap anaknya, Adlin Aman Ramli yang dikatakan terlibat dalam kes penipuan hartanah sehingga menyebabkan kerugian dianggarkan bernilai RM485,000.


ARTIKEL MENARIK: Isu video pinggang Ruhainies dipeluk erat suami Adira, ini RESPON pedas Azrel Ismail, teman lelaki Ruhainies yang amat buat ramai TERKEDU

“Maaf, saya tidak tahu tentang tangkapan yang dilakukan oleh pihak berkuasa.
“Saya dikhabarkan mengenai perkara ini apabila mendapat panggilan daripada pihak media,” katanya.
Adlin dilaporkan ditahan kerana dipercayai memperdayakan seorang warga Korea dengan menawarkan projek pembinaan lebuh raya yang tidak wujud.

Pelakon dan pelawak terkenal merupakan antara 14 individu yang ditahan berhubung kes penipuan pelaburan membabitkan kerugian dipercayai sebanyak RM35 juta dalam beberapa siri tangkapan kelmarin.

Sepasukan polis daripada Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman turut menahan dua lelaki bergelar Datuk Seri yang juga dalang utama sindiket tersebut menerusi Operasi Nuri 2 di sekitar Melaka, Pahang, Kelantan dan Pulau Pinang.

Satu sumber berkata, Adlin Aman Ramlie, 44, ditahan polis di kediamannya di Cyberjaya pada pukul 2 petang sebelum dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi di sini untuk siasatan lanjut.
"Kita juga difahamkan pelawak itu berperanan melindungi dalang utama serta menyediakan tempat tinggal dan kemudahan lain.
"Kesemua suspek terdiri daripada sembilan lelaki dan lima wanita yang berusia lingkungan 28 hingga 58 tahun itu kini ditahan bagi membantu siasatan," katanya.
Menurut sumber itu lagi, bagi tempoh awal tahun hingga kini sebanyak 175 laporan polis berhubung penipuan itu diterima membabitkan kerugian sebanyak RM10.5 juta.
"Dalam tangkapan itu, pihak polis turut merampas sembilan buah kenderaan pelbagai jenis antaranya Honda Accord, Volkswagen, Toyota Caldina, Toyota Prius, Toyota Vios, Proton dan Range Rover Evoque .
"Selain kenderaan, kita juga merampas barang kemas, beg berjenama, buku bank, kad bank, borang pelaburan, telefon bimbit dan komputer riba bagi membantu siasatan," ujarnya.
Difahamkan, satu sidang akhbar akan dibuat berhubung kejayaan itu oleh polis di Ibu Pejabat JSJK, Menara 238, Jalan Tun Razak semalam. 

________________________________________________________
Untuk dapatkan makluman berita terkini, viral dan informasi berguna dari blog ini melalui Facebook, sila LIKE page kami:

Post a Comment

Previous Post Next Post