Sejarah PT3 2016: Muzium dan Kota Kuala Kedah - Latar Belakang, Tujuan & Struktur Binaan

Sejarah PT3 2016: Muzium dan Kota Kuala Kedah - Latar Belakang, Tujuan & Struktur Binaan

Bangunan Bersejarah Kedah Sejarah PT3 2016: Muzium dan Kota Kuala Kedah

Sejarah PT3 2016: Muzium dan Kota Kuala Kedah - Latar Belakang, Tujuan & Struktur Binaan
Sejarah PT3 2016: Muzium dan Kota Kuala Kedah - Latar Belakang, Tujuan & Struktur Binaan
Terdapat banyak bangunan bersejarah yang terdapat di Kedah yang boleh disenaraikan, salah satu contohnya adalah Kota Kuala Kedah.



Berikut di bawah ini kami akan berkongsi dengan anda semua berkenaan bangunan bersejarah Kota Kuala Kedah kepada anda semua khususnya kepada pelajar PT3 yang kini pasti sedang sibuk menyiapkan kerja kursus Sejarah PT3 2016. Jadi, warga dan pelajar yang tinggal di Kedah, boleh mengambil peluang ini untuk memasukkan bangunan ini ke dalam kajian Sejarah anda.

Bangunan Bersejarah Kedah : Muzium dan Kota Kuala Kedah

Kota Kuala Kedah atau lebih dikenali dengan nama Kota Kuala Bahang di kalangan orang Kedah merupakan kota bersejarah yang dibina oleh orang Melayu. Lokasi Kota Kuala Kedah ini bertempat di tebing utara muara Sungai Kedah, di Kampung Seberang Kota Kuala Kedah.

Sejarah Pembinaan Kota Kuala Kedah

Semasa zaman pemerintahan Sultan Muhammad Jiwa, pada tahun 1771, bangunan bersejarah Kedah ini mula dibina dan pada tahun 1780 pembinaannya telah pun disiapkan.
Hafiz Sab yang menjawat jawatan Dato Maharaja Kadhi pada ketika itu telah mereka bentuk banguann bersejarah Kedah ini. Manakala, tukang-tukang mahir dan tenaga mahirnya dibawa khas daripada India.

Struktur / Senibina Kota Kuala Kedah

a) Pintu Gerbang Lama
Di bahagian tembok timur menghadap ke Alor Melaka, sebuah pintu gerbang telah dibina dan dikenali sebagai “Pintu Gerbang Kadapuri”. Acheh, Bugis dan Siam pernah menyerang kota ini.
b) Pintu Gerbang Baru
Secara rasminya dalam tahun 1909, Kedah diletakkan di bawah penguasaan British. Di dalam kawasan kota ini, beberapa buah pejabat kerajaan telah dibina termasuklah sebuah rumah api. Sebuah pintu gerbang baru telah dibina yang sehingga kini masih wajud.
c) Markas
Markas tentera telah dijadikan oleh Jepun semasa pendudukan mereka di Tanah Melayu hinggalah dalam tahun 1945, Jepun mengalami kekalahan kepada British.

Tujuan Binaan

Tujuan atau objektif bangunan bersejarah Kedah ini dibina adalah untuk dijadikan benteng pertahanan Kedah daripada serangan musuh, lebih-lebih lagi mengelakkan serangan Siam dari arah laut.

Fungsi / Pemulihan Kota Kuala Kedah

Kota ini telah diwartakan sebagai “Tapak Tanah Bersejarah”  oleh Jabatan Muzium dan Antikuiti pada 31 Ogos 1978. “Akta Benda Purba 1976” di bawah akta 165 telah diperuntukkan ke atas kota ini.
Kerja-kerja konservasi dan pemulihan tembok timur dan selatan telah dilaksanakan oleh Jabatan Muzium dan Antikuiti (yang sekarang ini Jabatan Muzium Malaysia) dalam bulan November 2000. Ini termasuklah kerja-kerja pembinaan semula pintu Gerbang Kacapuri yang telah runtuh pada tahun 1970.

________________________________________________________
Untuk dapatkan makluman berita terkini, viral dan informasi berguna dari blog ini melalui Facebook, sila LIKE page kami:




BACA ARTIKEL PENUH DI SINI DAN DI SINI

Post a Comment

Previous Post Next Post