Dikritik Berpakaian Selekeh, Ini Jawapan "Pedas" Khai Bahar Yang Menusuk Kalbu!

Dikritik Berpakaian Selekeh, Ini Jawapan "Pedas" Khai Bahar Yang Menusuk Kalbu!

Dikritik Berpakaian Selekeh, Ini Jawapan 'Pedas' Khai Bahar Yang Menusuk Kalbu!

Dikritik Berpakaian Selekeh, Ini Jawapan 'Pedas' Khai Bahar Yang Menusuk Kalbu!

Dikritik Berpakaian Selekeh, Ini Jawapan 'Pedas' Khai Bahar Yang Menusuk Kalbu!

Penyanyi yang popular melalui aplikasi Smule selepas video duet dengan penyanyi Siti Nordiana jadi viral beberapa bulan yang lalu kini tampil dengan penampilan baru.


ARTIKEL MENARIK: SIAPA SANGKA ! Dengan Modal RM300, Ramai TAK SANGKA Apa Yg Berlaku Pada Hidup Zukie Sekarang !

Penyanyi yang dikenali sebagaiKhai Bahar kini makin dikenali oleh orang ramai sehingga dia memperbetulkan struktur giginya pada minggu lepas. 
Dikritik Berpakaian Selekeh, Ini Jawapan 'Pedas' Khai Bahar Yang Menusuk Kalbu!

Namun yang terbaru, ada sesetengah pihak yang menegur cara pemakaian yang agak selekeh dan sering dilihat tampil dengan jaket hitam dan topi ketika membuat persembahan atau menghadiri sesuatu majlis. 

Susulan dari itu, menurut Khai dia tidak kisah untuk berubah dari segi penampilan namun perubahan itu perlulah dilakukan secara perlahan-lahan.
“Selekeh? Tak kisahlah apa orang nak kata, yang penting saya tak kacau orang. Ini adalah diri saya dan saya sukakan sesuatu yang ‘simple’.
“Saya sedar bila orang dah mula kenal, apa saja perkara yang kita buat pasti jadi perhatian termasuklah pakaian.
Dikritik Berpakaian Selekeh, Ini Jawapan 'Pedas' Khai Bahar Yang Menusuk Kalbu!

“Saya tahu mereka nak saya nampak kemas dan saya faham komen-komen itu semua untuk kebaikan saya.
“Sebenarnya saya tak kisah untuk memperbetulkan gaya berpakaian cuma saya rasa perkara itu perlu dilakukan secara perlahan-lahan dan tidak terlalu drastik.
“Insha Allah saya akan perbaiki penampilan saya di masa akan datang, tak nak lah nanti orang nampak saya terlalu banyak berubah. Kalau boleh saya nak kekalkan identiti sendiri,” katanya.
Sementara itu, Khai juga mengakui semakin banyak mendapat tawaran nyanyian dan jadualnya juga kini semakin padat.

Dikritik Berpakaian Selekeh, Ini Jawapan 'Pedas' Khai Bahar Yang Menusuk Kalbu!
“Setakat ini banyak juga tawaran yang saya terima untuk buat persembahan dan jadual saya juga semakin padat.
“Saya pun tak sangka video nyanyian saya bersama Kak Nana (Siti Nordiana) jadi viral dan membuatkan nama saya semakin dikenali.
“Alhamdulillah, mungkin ini rezeki saya. Rezeki tu tuhan yang bagi dan saya rasa sangat bersyukur,” ujarnya.
Sudah menjadi kebiasaan apabila sahaja terkenal pasti ada yang cuba mengkritik. Sudah adat menjadi artis. Apapun, semoga Khai terus maju dan berjaya dalam karier seninya. 


________________________________________________________
Untuk dapatkan makluman berita terkini, viral dan informasi berguna dari blog ini melalui Facebook, sila LIKE page kami:




BACA ARTIKEL PENUH DI SINI DAN DI SINI

Post a Comment

Previous Post Next Post