"Saya memang tidak pandai mengaji, saya baca ‘bismillah’ pun salah”

"Saya memang tidak pandai mengaji, saya baca ‘bismillah’ pun salah”

"Saya memang tidak pandai mengaji, saya baca ‘bismillah’ pun salah”

"Saya memang tidak pandai mengaji, saya baca ‘bismillah’ pun salah”

"Saya memang tidak pandai mengaji, saya baca ‘bismillah’ pun salah”

"Saya memang tidak pandai mengaji, saya baca ‘bismillah’ pun salah”




3-Saya-Tak-Tahu-Mengaji-Baca-Bismillah-P


Rosyam Nor Khatam Quran Depan Kaabah Pada Usia 48 Tahun

Usianya kini sudah 49 tahun dan pengarah dan pelakon terkenal, Rosyam Nor tidak segan silu menjelaskan bahawa dia tidak pandai mengaji sehinggalah dirinya berusia 45 tahun malah turut menjelaskan bahawa hanya menghafal tiga surah – al-Fatihah, an-Nas dan al-Ikhlas.

“Saya baru tahu selama 45 tahun usia saya ini, saya baca ‘bismillah’ pun salah. Saya tak malu mengaku ini di hadapan anda semua. Biarlah saya malu dengan anda daripada saya malu dengan Allah,”

“Ketika ini saya rasa seorang Rosyam Nor tertunduk malu dan sedih sebab tidak tahu mengaji. Kadang-kadang bila jadi imam di rumah, anak-anak saya pun tahu surah apa saya akan baca. Sebab itu saya tak berlakon cerita agama,” jelasnya yang terkesan setelah pemergian ayahnya.

Tambahnya, dia turut memasang angan-angan untuk belajar mengaji sehinggalah didatangi seorang lelaki ketika penggambaran akhir filem KL Gangster 2. Mengakui rimas kerana diganggu lelaki tersebut pada mulanya, akhirnya ada sinar baru buat Rosyam.

“Semasa penggambaran itu, ada seorang insan muncul dan pada awalnya saya anggap beliau hanya seorang peminat biasa. Kemudian beliau minta nombor telefon dan setiap minggu beliau hubungi saya ajak berjumpa”

“Selama empat bulan beliau hubungi saya sampai saya rimas dan akhirnya saya setuju untuk bertemu di kawasan rumah saya,” katanya yang akhirnya belajar mengaji dengan lelaki tersebut.

“Ini masalah paling besar bila dah tua.Tapi jangan kita malu. Alhamdulillah usia 45 tahun saya mula belajar mengaji mula dengan alif, ba, ta,” jelasnya. Syukur buat Rosyam, dia akhirnya berjaya khatam al-Quran di hadapan Kaabah pada usia 48 tahun.(rtky/s)
7-Saya-Tak-Tahu-Mengaji-Baca-Bismillah-P

6-Saya-Tak-Tahu-Mengaji-Baca-Bismillah-P

5-Saya-Tak-Tahu-Mengaji-Baca-Bismillah-P

4-Saya-Tak-Tahu-Mengaji-Baca-Bismillah-P

2-Saya-Tak-Tahu-Mengaji-Baca-Bismillah-P

1-Saya-Tak-Tahu-Mengaji-Baca-Bismillah-P

BACA ARTIKEL PENUH DI SINI DAN DI SINI

Post a Comment

Previous Post Next Post