Pengantin Lelaki Buat Laporan Polis, Tutut Ganti Rugi Perbelanjaan Kahwin - "Saya Ditumbuk Sebab Tak Bayar Baki Wang Hantaran RM5,000"

KUALA LUMPUR - Yang dinanti-nantikan sudah tampil. Pengantin lelaki, Nor Izzat bin Norazman, 27, yang bekerja sebagai Pengawal Keselamatan telah membuat laporan polis pada jam 5.35 petang, 26 Mac 2016.

Berikut kenyataan laporan polis Nor Izzat:

"26 Mac 2016, jam 5.17 petang, semasa saya melangsungkan akad nikah di Masjid Al-Khadijiah, Kampung Pantai Dalam, pihak perempuan tidak mahu meneruskan majlis berikut kerana baki wang hantaran belum diberi. 

"Sewaktu mahu beredar, abang saudara tunang saya tidak puas hati dengan keadaan itu. Selepas itu mereka tidak bersetuju untuk melangsungkan akad nikah itu. 

"Wang yang saya berikan kepada mereka untuk majlis tersebut sebanyak RM11,000. 

"Selepas abang saudara tunang saya buat bising dalam majlis itu, saya terus keluar dari masjid dan dia telah menumbuk muka saya.

"Tiba-tiba datang lagi dua lelaki Mleayu yang dipercayai saudara tunang saya dari arah belakang telah memukul saya. Rombongan saya juga dipukul semasa cuba meleraikan pergaduhan itu. Kereta rombongan saya juga dipukul oleh mereka sehingga ada kesan kemek," katanya. 

Menurut Nor Izzat, dia membuat laporan polis untuk menuntut semula gantirugi bagi semua perbelanjaan majlis nikah yang mana kesemua itu adalah duit simpanannya sendiri. - PIXEL MEDIA

BACA ARTIKEL PENUH DI SINI DAN DI SINI

Post a Comment

Previous Post Next Post