Tun Mahathir Dedah KEISTIMEWAAN Jadi Perdana Menteri! Patutlah Najib Tak Nak Letak Jawatan!

Tun Mahathir Dedah KEISTIMEWAAN Jadi Perdana Menteri! Patutlah Najib Tak Nak Letak Jawatan!

Banyak sebenarnya keistimewaan menjadi perdana menteri dengan segala kuasa dan boleh menentukan siapa kaya dan siapa miskin serta seberapa banyak wang boleh dicetak.

Tun Mahathir Dedah KEISTIMEWAAN Jadi Perdana Menteri! Patutlah Najib Tak Nak Letak Jawatan!
Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Bin Mohamad menyinggung isu keistimewaan menjadi PM yang sudah terlebih mencukupi untuk melakukan tugas negara tanpa perlu menambah mewah lagi.
Kesederhanaan jugalah dituntut dalam diri seorang pemerintah jika mahu dianggap pemimpin yang disegani dimana mana bahagian dunia itu jugalah resepi kejayaannya.



Penulis masih ingat nasihatnya yang menyebut, ‘bila kamu miskin, berlagaklah miskin’.

KUALA LUMPUR – “Walaupun saya sudah bersara, saya masih dapat naik kapal terbang kerajaan. Tetapi (pesawat itu) tidaklah besar, kecil sahaja… tetapi masih boleh terbang,” seloroh bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Menurut beliau, ia merupakan sebahagian kelebihan dan antara faedah yang diberikan kepadanya oleh kerajaan.

“Masa saya kecil, bapa saya cikgu sekolah.. Gajinya cuma 90 ringgit saja.. Jadi saya tidaklah ada harta warisan yang banyak. Masa tu, saya pi (pergi) beli mee mamak yang berharga 50 sen pun mamak tak mahu jual sebab saya cuma ada 20 sen sahaja. Bila jadi Perdana Menteri, gaji saya RM8000. Cuba bayangkan berapa banyak mee mamak yang boleh saya beli dengan RM8000?

“Sewaktu saya sudah jadi Perdana Menteri, saya langsung tidak usik duit gaji kerana semuanya kerajaan sudah sediakan. Rumah,api, air dan sebagainya. Sehingga sekarang saya masih menikmati kemudahan yang diberikan,” katanya ketika bercakap di program Bicara Negarawan yang diadakan di Kelab K, Taman Melawati di sini, hari ini.

Dr Mahathir merupakan Perdana Menteri yang keempat dan memegang jawatan tersebut selama 22 tahun dari tahun 1981 sehingga tahun 2003.

“Semasa saya masih perdana menteri, saya boleh terbang tanpa bayar sewa. Cuti pun saya dapat elaun. Saya guna semua itu sebab rakyat di negara ini bagi layanan yang cukup pada seorang perdana menteri.

“Apabila bersara, gaji saya mencecah sehingga RM20,000. Kita boleh fikir berapa banyak pinggan mee goreng saya boleh beli… Tidak perlulah nak tambah lagi. Cukuplah setakat itu. Kalau saya nak tambah pun sudah tidak boleh,” katanya. – Sinar Harian

Bila Mahathir telah menetapkan standard keistimewaan seorang perdana menteri sebenarnya ia boleh ditambah sebanyak mana pun sehingga melangit tinggi tetapi hasilnya mestilah selari.

Paling ralat ialah melalui pelabagai keistimewaan itu jika disalah guna dan dengan kuasa yang ada pula mengacau keistimewaan yang diperolehi oleh rakyat biasa secara langsung atau tidak langsung baik dalam soal undang undang kerasnya atau figur figur yang menekan sehingga ke ceruk dapur rakyat terkesan.

Paling bermasalah di dalam Umno hari ini ialah kebiasaan mengambil pemimpin mengambil pemimpin bawahan yang menyimpan rahsia musuh untuk digunakan dan dia pula menyimpan rahsia orang yang dilantik. Lalu pakatan mereka sesama mereka menjadi rahsia berantaian yang mencetuskan keraguan dengan bahasa mudah ‘suka simpan crook’ atau dimelayukan ‘simpan Sarip Dol samseng’

Seperti apa yang pernah diucapkan Tun Mahathir iaitu pemimpin melantik orang yang bodoh dan orang bodoh ini pula melantik orang yang lebih bodoh untuk kekal berkuasa.

Paling teruk jika pemimpin sesebuah negara itu rahsianya pula disimpan oleh negara lain dan ini menjadikan ia mudah diugut dalam tindakan polisinya dan dipandang rendah serta mudah diperkotak katikkan.

Banyak sebenarnya yang perlu dipelajari oleh pemimpin melayu Umno ini semua peringkat agar kembali ke asal usul menyukai dan menyintai kebersihan dan jangan aniaya diri sendiri dan di dalam negeri.

Ini bukan setakat kembali ke pangkal jalan kepada Umno tetapi sudah ketahap tidak tahu jalan bukan?

sumber





BACA ARTIKEL PENUH DI SINI DAN DI SINI

Post a Comment

Previous Post Next Post