Inilah Hadiah TERBESAR Dari Najib Buat Bashah Selepas Lulus Ujian Yang Diberikan ! Perghhhh !

Inilah Hadiah TERBESAR Dari Najib Buat Bashah Selepas Lulus Ujian Yang Diberikan ! Perghhhh !

Inilah Hadiah TERBESAR Dari Najib Buat Bashah Selepas Lulus Ujian Yang Diberikan ! Perghhhh !

Inilah Hadiah TERBESAR Dari Najib Buat Bashah Selepas Lulus Ujian Yang Diberikan ! Perghhhh !

Inilah Hadiah TERBESAR Dari Najib Buat Bashah Selepas Lulus Ujian Yang Diberikan ! Perghhhh !

SUNGAI PETANI - Perdana Menteri, Najib Razak meluluskan peruntukan sebanyak RM15 Juta untuk pembinaan kompleks perniagaan penjaja di Sungai Petani setelah Datuk Seri Ahmad Bashah 'lulus' ujian sebagai menteri besar kedah yang baharu ketika menyampaikan ucapan sulungnya dengan baik.


Perdana Menteri yakin Ahmad Bashah boleh menjadi MB yang dapat memberi keyakinan kepada rakyat Kedah.

Menurut Najib, ucapan itu berjaya membawa suara rakyat yang perlu terus diberi perhatian oleh kerajaan.

Sinar Online melaporkan Perdana Menteri untuk itu meluluskan peruntukan tersebut untuk membina kompleks bagi menempatkan penjaja dan peniaga kecil yang berselerak di bawah satu bumbung di daerah Kuala Mudah kelak.

"Saya kena jawab permintaan dari ucapan sulung MB baharu. Kalau tak jawab sudah tentu dia tidak dapat tidur lena malam ini," katanya sebagaimana lapor Sinar.

Menurut Najib lagi, wajar untuknya menymbut permintaan Ahmad Bashah itu kerana ia ucapan pertamanya dalam majlis rasmi.

"Oleh itu, saya luluskan peruntukan RM15 juta seperti yang diminta.

"Ini bermakna penduduk Sungai Petani mendapat RM30 sahaja pada hari ini. UTC ini pun bernilai RM15 juta,," katanya.

Tambah Najib, banyak lagi peruntukan yang boleh disalurkan dari kerajaan pusat kepada Kedah jika mempunyai hubungan yang baik dan erat.

"Lantaran itu, hubungan baik kedua-dua kerajaan itu perlu diwujudkan agar dapat saling bantu membantu dalam pelbagai aspek demi kebaikan rakyat.

"Dengan bantuan pusat, kerajaan negeri dapat melipatgandakan usaha pembangunan dan kebajikan rakyat.

"Kita akan memulakan projek atau pembangunan tertentu sedikit demi sedikit mengikut kemampuan bagi membantu Kedah," katanya.

Ahmad Bashah sebelum itu dalam ucapannya memohon peruntukan khas sebanyak RM15 juta.

“Apabila saya balik ke negeri Kedah, pertama kali masih saya ingat janji-janji apabila berjumpa dengan peniaga dan penjaja kecil, mereka yang berniaga ditepi jalan, mungkin diwarung-warung, kita akan pastikan supaya perniagaan mereka akan berubah.

“Tidak banyak Datuk Seri yang saya hendak minta petang ini kerana saya tahu inilah ucapan saya yang pertama, kunjungan Datuk Seri yang pertama selepas perubahan Menteri Besar.

“Saya mohon lebih kurang RM15 juta untuk kita tempatkan penjaja dan peniaga kecil. Saya percaya dengan peruntukkan ini akan memberi suatu impak sosial dan faedah secara langsung kepada peniaga-peniaga dan penjaja kecil serta penduduk Sungai Petani,” ujarnya sebagaimana lapor TheRakyatPost.


BACA ARTIKEL PENUH DI SINI DAN DI SINI

Post a Comment

Previous Post Next Post