Astagafirullah!!! Mohon Sebarkan!! Apa yang haram bakal dihalalkan, hanya di KL!

Astagafirullah!!! Mohon Sebarkan!! Apa yang haram bakal dihalalkan, hanya di KL!

INI berita baik – dan pasti menggembirakan – bagi mat rempit di Kuala Lumpur. Kegiatan haram mereka akan dihalalkan!

Astagafirullah!!! Mohon Sebarkan!! Apa yang haram bakal dihalalkan, hanya di KL!
Astagafirullah!!! Mohon Sebarkan!! Apa yang haram bakal dihalalkan, hanya di KL!
Ada cadangan supaya kumpulan penyangak yang selama ini dianggap sebagai samseng jalanan, dibenarkan untuk memecut motosikal sesuka hati pada laluan di ibu kota yang dikhaskan untuk perlumbaan.


Idea bergeliga itu datangnya daripada Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor sendiri. Menurut Menteri Wilayah Persekutuan itu mat rempit perlu diberi peluang untuk memenuhi hobi mereka.

Di bawah apa yang dipanggil program mendekati mat rempit, menteri berkenaan akan menyediakan satu laluan bagi membolehkan penunggang motosikal melepaskan gian memecut melepasi had laju.

Seperti yang dicadangkan, pada malam dan masa tertentu, beberapa laluan di bandar raya akan ditutup kepada semua kenderaan awam – sama seperti ‘Hari Tanpa Kenderaan’ – supaya kumpulan rempit boleh berlumba.

Kata beliau seperti yang dilaporkan media, Barisan Nasional akan melaksanakan program ini. “Kita akan memberi laluan kepada mat rempit menjalankan aktiviti mereka,” kata beliau yang juga Setiausaha Agung Umno.

Maka perlumbaan haram yang selama ini menyusahkan orang ramai, akan dihalalkan. Samseng dan penyangak tidak bertanggungjawab yang mengganggu laluan awam, kini diberi kebenaran untuk melepas gian ‘vrooom’.

Memang berita baik untuk mat rempit. Setelah sekian lama mereka menjadi buruan pihak berkuasa, khasnya polis, kerana kesalahan lumba haram, kini mereka bagaikan mendapat lesen untuk meneruskan kegiatan berbahaya itu.

Tetapi berita itu tidak semestinya baik untuk beratus ribu warga kota dan pengguna jalan raya yang lain. Mereka mula berasa hak mereka akan diambil untuk kegiatan yang selama ini disahkan haram.

Secara peribadi walaupun idea ini kedengaran bergeliga lagi luar biasa, bagi saya ini menyusahkan. Saya tidak boleh masuk pada laluan-laluan tertentu sebab jalan yang selama ini halal telah diharamkan untuk saya.

Hak beribu-ribu orang lain dinafikan hanya untuk mengambil hati mat rempit. Ini bukan sahaja tidak adil, malah kita mengiktiraf kegiatan tidak bermoral yang dilakukan oleh kumpulan rempit.

Antara rasional di sebalik idea ini ialah untuk mengatasi masalah mat rempit dan lumba haram yang kini menjadi-jadi bukan sahaja di KL malah di seluruh negara. Menurut Ku Nan dengan menghalalkan lumba rempit, geng ini boleh dikawal dan didisiplinkan.

Apakah benar menghalalkan yang haram akan menyelesaikan masalah? Mungkin akan timbul lebih banyak masalah. Kita akan terpaksa mengerahkan pasukan petugas untuk mengawal laluan khas berkenaan.

Pasti akan lebih ramai menyertai lumba seperti ini, dan mereka tidak dilatih sebagai pelumba. Siapa yang akan dipertanggungjawabkan sekiranya ada kecederaan atau kematian?

Oleh sebab yang membenarkan program ini ialah kerajaan BN, apakah lumba haram ini juga akan dihalalkan di seluruh negara? Tidakkah ini juga akan melibatkan tenaga kerja untuk menyelia dan mengawas?

Sepatutnya kita tidak melayan kegiatan haram seperti ini. Apa yang mesti dilakukan ialah ketegasan penguatkuasaan ke atas pelumba haram. Polis dan pihak berkuasa lain perlu menggunakan undang-undang sedia ada untuk memerangi kegiatan haram seperti ini – secara berterusan bukan bermusim. Mat rempit pasti takut sekiranya sentiasa ada rondaan dan pengawasan daripada polis.

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar pun macam tidak berkenaan dengan idea dari Putrajaya itu. Seperti dilaporkan media beliau akan berjumpa dan berbincang dengan Ku Nan mengenai perkara ini.

“Saya percaya beliau (menteri) ada alasan sebelum keluar kenyataan itu. Saya berhasrat untuk berjumpa dalam masa terdekat dan bincang dulu,” kata orang No.1 Bukit Aman itu.

Pengerusi Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (Miros) Tan Sri Lee Lam Thye pun tidak setuju dengan cadangan menteri, dan mahu orang ramai dan pihak berkenaan diberi ruang untuk perbincangan.

Pendek kata walaupun tuan setiausaha agung telah berbincang dengan ‘kawan kita di Umno dan BN’ ada baiknya perkara ini dikaji sedalam-dalamnya. Almaklumlah menghalalkan yang haram bukan kerja main-main.

Lagi pun telah terbukti beberapa program kerajaan yang dibuat secara semberono akhirnya terpaksa ditangguhkan untuk dikaji semula. Apabila sesuatu telah dilulus – dan dihebahkan – kemudian dihentikan untuk kajian semula, ini tidak baik untuk imej kerajaan. Janganlah kerap sangat ‘flip-flop’.






BACA ARTIKEL PENUH DI SINI DAN DI SINI

Post a Comment

Previous Post Next Post