"Tak Masuk Syurga Kalau Solat Tapi Memfitnah" – Najib Razak

"Tak Masuk Syurga Kalau Solat Tapi Memfitnah" – Najib Razak

Umat Islam tidak akan terjamin masuk syurga jika hanya menunaikan solat tetapi pada masa sama masih bersikap adu domba, kuat memfitnah dan menghancurkan perpaduan, kata Datuk Seri Najib Razak hari ini.

"Tak Masuk Syurga Kalau Solat Tapi Memfitnah" – Najib Razak
"Tak Masuk Syurga Kalau Solat Tapi Memfitnah" – Najib Razak
Perdana menteri memetik hadis mengenai amalan yang mendekatkan umat Islam dengan syurga, iaitu menjaga akidah, mendirikan solat, menunaikan zakat dan menjaga silaturrahim.


“Sembahyang tak tinggal, tapi jadi batu api, fitnah, adu domba, hancurkan perpaduan, tak jamin jadi ahli syurga. “Pakai lambang besar pun tak jamin masuk syurga, ini peringatan untuk kita semua,” katanya ketika berucap di Majlis Penyampaian Sumbangan Aidilfitri kepada asnaf Baitulmal Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) di Serdang, pagi tadi.

Najib turut membidas rakyat Malaysia yang tidak bersyukur kerana memperlekehkan negara sendiri sedangkan setiap negara menghadapi cabaran tersendiri. Membandingkan dengan nasib warga Rohingya dari Myanmar, katanya pelarian itu lebih menghargai Malaysia dengan bersujud dan mencium bumi sejurus sampai ke negara ini.

“Orang Rohingya naik bot menyabung nyawa, sampai masuk pantai Malaysia, dia sujud cium tanah negara kita. “Kita pula yang kutuk negara sendiri. Kita ini yang tidak sedar. Kita ini yang tidak syukur kita hidup di negara yang aman dan bertambah baik lagi,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Najib meminta MAIWP menyediakan guru akademik di sekolah tahfiz persendirian di Wilayah Persekutuan.


BACA ARTIKEL PENUH DI SINI DAN DI SINI

Post a Comment

Previous Post Next Post