Header Ads

Sebab main susu je, pemandu lori ini bantai anak saudaranya 10 bulan dengan bantal 2 kali sampai meninggal

loading...

Pemandu lori, Arman Tarlin, 34, dijatuhi hukuman penjara 18 tahun oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam pada Selasa selepas mengaku bersalah membunuh anak saudaranya, Muhammad Amsyar Hadiff Abdullah, 10 bulan, dengan bantal peluk pada Disember 2013.

Sebab main susu je, pemandu lori ini bantai anak saudaranya 10 bulan dengan bantal 2 kali sampai meninggal
Sebab main susu je, pemandu lori ini bantai anak saudaranya 10 bulan dengan bantal 2 kali sampai meninggal
“Kamu terlalu mengikut perasaan apabila memukul anak berusia 10 bulan yang tidak tahu apa-apa menggunakan bantal sehingga menyebabkan kematiannya…apa yang kamu lakukan itu adalah sesuatu yang tidak boleh diterima,” kata hakim Mahkamah Tinggi di sini Selasa.


Hakim Datuk Abdul Halim Aman berkata demikian ketika menjatuhkan hukuman penjara 18 tahun ke atas seorang pemandu lori yang telah menyebabkan kematian anak saudaranya, tiga tahun lepas.

Abdul Halim berkata mahkamah memandang serius kesalahan yang dilakukan oleh Arman Tarlin, 34, kerana tindakannya telah menyebabkan satu nyawa tidak berdosa melayang.

“Saya tidak faham dan tidak tahu kenapa jadi begitu…pengajaran apa yang anak berusia 10 bulan boleh perolehi daripada kamu? Kalau (anak) enam tahun mungkin kita boleh kata (tindakan memukul) untuk lentur peribadi yang baik tetapi ini (mangsa) tidak sampai setahun pun,” katanya.

Abdul Halim memerintahkan Arman menjalani hukuman penjara berkuatkuasa dari tarikh dia ditangkap pada 7 Disember 2013.

Tertuduh mengaku bersalah menyebabkan kematian Muhammad Amsyar Hadiff Abdullah di rumah No: 101, Lot 4363, Jalan Bakam, Batu 9, Kebun Baharu, Telok Panglima Garang, Kuala Langat, antara pukul 5 petang dan 8.30 malam pada 5 Disember 2013.

Dia didakwa mengikut Seksyen 304 (a) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 30 tahun.

Tertuduh sebelum ini didakwa atas tuduhan membunuh mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati jika sabit kesalahan, sebelum pihak pendakwaan menawarkan pertuduhan pilihan mengikut Seksyen 304 (a).

Menurut fakta kes yang dibacakan oleh Timbalan Pendakwa Raya Rosidah Abu Bakar, mangsa yang ketika kejadian baru hendak belajar bangun dan berdiri telah diserahkan kepada tertuduh serta isterinya untuk dijaga sejak 2 Disember 2013 kerana nenek mangsa yang juga ibu kepada isteri tertuduh berkursus.

Menurut isteri tertuduh, pada petang hari kejadian, beliau telah ke kedai dan meninggalkan mangsa serta anak bongsunya berusia 11 bulan bersama tertuduh dan siasatan polis mendapati, selepas isteri tertuduh pulang ke rumah beliau mendapati kekabu bantal bertaburan di ruang tamu rumahnya.

Ketika ditanya, tertuduh menjawab anak mereka yang main dan pada masa sama isteri tertuduh melihat mangsa yang bersandar di tepi dinding dalam keadaan lemah.

Pada pukul 6.30 petang hari sama, mangsa telah dimandikan oleh tertuduh dan ketika itu isterinya melihat mangsa dalam keadaan lemah serta dadanya berombak.

Isteri tertuduh kemudian telah menidurkan mangsa serta mengejutkan mangsa setengah jam kemudiannya sebelum mendapati badan mangsa semakin lemah dan mukanya pucat.

“Tertuduh kemudian telah meriba mangsa dan ketika isterinya bertanyakan kepada tertuduh, lelaki itu jawab mangsa mungkin demam.

“Menurut isteri tertuduh lagi, ketika dimandikan dan ditidurkan oleh tertuduh pada hari kejadian mangsa ada menangis sampai tersedu,” kata Rosidah.

Bayi malang itu disahkan meninggal dunia ketika dibawa ke klinik pada pukul 8 malam hari yang sama.

Bedah siasat ke atas mayat mangsa mendapati kematiannya berpunca daripada pendarahan pada abdomen disebabkan oleh hentakan benda tumpul.

Tertuduh dalam percakapannya kepada pihak polis mengaku telah memukul mangsa di perut dengan bantal sebanyak dua kali sehingga menyebabkan bantal tersebut pecah kekabunya.

Menurut tertuduh, semasa isterinya hendak ke kedai, mangsa telah menangis kerana ingin mengikuti isterinya dan apabila diberi susu, mangsa telah bermain-main dengan susu tersebut dalam keadaan berbaring.

Tertuduh diwakili peguam Muhammad Fadhli Sutris dan Muhammad Hidhir Mustapa.

l3uKDI


BACA ARTIKEL PENUH DI SINI DAN DI SINI
Loading...

No comments

Powered by Blogger.